Isnin, 13 Februari 2012

Tetiba Jer...Kencing Manis @ Diabetes

Assalamualaikum...

Tetiba jer arini nk upadate pasal penyakit...kesahnya sedang aku asyik dok melayari internet sambil dgr lagu2 omputeh kt pc aku neh (ceh cam xde kejer plak..kiki...sbnrnya br abes meting prm td)...tetiba jer dapat kol drpd kak ani nk bagitau kak ro dimasukkan ke icu kt spital putrajaya coz pankreas failure...um selidik pye slidik rupanya mmg ada kaitan ngan penyakit kencing manis..takutkan..ye la sblm ni kita nmpk dia sihat jer, jmp kt ofis siap bergurau senda, org nya ceria tetiba dlm sekelip mata jer masuk spital xde kasi hint pun...i/allah s0k lunch time aku g lawat dia..tp kalo dah masuk bilik icu ni ssh ckit...msk pun ikut giliran...paling ramai pun 2 org jerr...kna gilir2...

bila dah dapat tau kak ro mcm tu, trs jer laju tangan aku gugel psl pyakit nih...mmg lerr banyak psl kencing manis nih..beratus2 siap ngan image lagi...mmg la x lalu nk tengok..oleh kerana aku ni jenis penggeli jadi x berani la aku nk cilok mana2 image kt intenet & masukkan kt sana...harap kwn2 boleh gugel sendiri laa...tapi aku masukkan juga sedikit info psl kencing manis nih...m0ga2 sedikit maklumat yg di'share'kan ini boleh memberi manfaat kt kita semua.

this is story about kencing manis




Faktor penyebab kencing manis – Insulin tidak berfungsi atau tidak berkesan

Faktor penyebab kencing manis adalah organ pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan.
Ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga. Maka, ianya (glukos) terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing.

Jenis-Jenis Diabetes
Apakah jenis diabetes? 3 jenis utama diabetes atau kencing manis adalah seperti berikut:

-    Kencing manis jenis 1:
Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja.. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.

-    Kencing manis jenis 2:
Diabetes yang tanpa bergantung kepad insulin. Ianya selalu berlaku di kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis 2 ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubatan. Kebiasaanya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Sebagai contoh, jika ibu, bapa, datuk atau nenek menghidapi penyakit kencing manis, kebarangkalian anak-anak dan cucu-cucu mereka juga akan menghidapi kencing manis adalah tinggi.


Diabetes Jenis 1
Diabetes Jenis 2
Jarang berlakuu tetapi jika berlaku, keadaanya adalah lebih teruk.Biasa berlaku.
Terjadi di kalangan mereka yang lebih muda, antara umur 10 – 16 tahunTejadi dikalangan mereka yang lebih dewasa, berumur sekita 35 tahun ke atas
Terjadi begitu cepat. Terjadi apabila insulin yang dikeluarkan dari pancreas dimusnahkanTerjadi secara perlahan-lahan. Insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi dan menyebabkan paras glukosa di dalam darah meningkat
Tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manisMempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis
Tidak dikaitkan dengan kegemukan atau obesityKejadian kegemukan sangat tinggi
Pesakit akan mengalami tanda-tanda awal kencing manis dari gejala amaran yang seriusMerupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi
Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan suntikan insulin
Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan senaman (menurunkan berat badan) dan ubat dan suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu)

Apakah risiko atau faktor kencing manis?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidap penyakit kencing manis. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini jika mempunyai perkara berikut:

1.    Tidak aktif secara fizikal.
Mereka yang tidak atau kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi mendapat diabetes atau kencing manis.

2.    Sejarah keluarga
Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Jika salah seorang daripada ibubapa mengidap kencing manis, kebarangkalian anak-anak mereka mewarisi penyakit kencing manis adalah tinggi.

3.    Berat badan yang berlebihan.
Obesiti atau berat badan berlebihan. Orang yang mempunyai BMI > 30 adalah dikategorikan sebagai orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit kencing manis.

4.    Faktor pemakanan
Mereka yang mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu mempunyai risiko untuk menghidap kencing manis.

5.    Umur
Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko untuk anda mendapat penyakit kencing manis.

6.    Sejarah kencing manis sewaktu hamil
Mempunyai sejarah diabetes pada kehamilan yang terakhir. Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai sejarah melahirkan bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih), kebarangkalian untuk menghidapi penyakit kencing manis adalah tinggi.

Rawatan penyakit kencing manis
Langkah pertama di dalam merawat kencing manis adalah dengan mengawal paras glukosa di dalam darah. Ianya boleh dilakukan dengan cara pengubahsuaian diet pemakanan dan senaman sederhana secara berterusan.  Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, maka pengambilan ubatan dan terapi insulin adalah diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan.
1.    Mengamalkan amalan diet pemakanan yang baik.

Amalan pemakanan yang baik diperlukan bagi pesakit kencing manis:
-    Mempeolehi zat-zat makanan yang pelu bagi mencapai kesihatan yang unggul.
-    Mengawal paras gula dalam darah.
-    Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
-    Untuk mengelak dan melambatkan pengidapan kesan komplikasi diabetes.

Tips dan panduan bagi merancang pemakanan harian:
-    Waktu makan yang teratur: Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan snek.
-    Pilih jenis makanan yang sesuai: Makanan yang dielakka, makanan yang bebas, dan makanan yang perlu dikawal (akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah).
-    Kurangkan lemak, garam serta makanan yang tinggi kolestrol.
Makanan Bebas
Makanan bebas adalah makanan yang tidak mengandungi gula ringkas dan tidak mempengaruhi aras glukos darah. Sebagai contoh, air tanpa gula dan sup cair. Semua jenis sayuran dan ulaman. Sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi dan berupaya untuk memperlahankan kadar penyerapan glukos ke dalam darah.

Makanan yang perlu dielakkan
Makanan yang disenaraikan di bawah perlu dielakkan kerana ianya mengandungi gula ringkas yang akan meningkatkan aras glukosa darah dengan kadar yang cepat. Antaranya adalah seperti:
-    Gula putih, gula merah, gula Melaka, gula batu, gula-gula.
-    Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap, minuman ringan dan cordial.
-    Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, ais krim dan coklat
-    Air tebu, air kelapa muda, nira, minuman yang ditambah gula.


2.    Senaman secara sederhana setiap hari
Senaman yang sederhana secara berterusan dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.
Selain daripada itu, program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa, mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang. Selalu bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan paras normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.
3.    Ubatan dan Insulin
Ubatan diperlukan bagi menggalakkan pengeluaran insulin dari “beta-cells” pankreas. Bagi pesakit yang dinasihatkan oleh doktor bagi mengambil insulin secara suntikan, insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu.
Anda perlu mendapatkan doktor atau jururawat yang terlatih bagi mengajar teknik suntikan insulin. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.
Jarum suntikan boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa sakit.



errmm..stakat ni je la yg aku mampu copy & paste...ni pun aku cilok daripada http://ecpiwateronline.com/ ...bole la baca lagi info psl diabetes nih...nk beli air ecpi pun bleh gak...bukan aku yg jual..tlg pomote jerr coz dah cilok info dorang...mohon dihalalkan...wallahualam!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan