Isnin, 13 Februari 2012

Tetiba Jer...Kencing Manis @ Diabetes

Assalamualaikum...

Tetiba jer arini nk upadate pasal penyakit...kesahnya sedang aku asyik dok melayari internet sambil dgr lagu2 omputeh kt pc aku neh (ceh cam xde kejer plak..kiki...sbnrnya br abes meting prm td)...tetiba jer dapat kol drpd kak ani nk bagitau kak ro dimasukkan ke icu kt spital putrajaya coz pankreas failure...um selidik pye slidik rupanya mmg ada kaitan ngan penyakit kencing manis..takutkan..ye la sblm ni kita nmpk dia sihat jer, jmp kt ofis siap bergurau senda, org nya ceria tetiba dlm sekelip mata jer masuk spital xde kasi hint pun...i/allah s0k lunch time aku g lawat dia..tp kalo dah masuk bilik icu ni ssh ckit...msk pun ikut giliran...paling ramai pun 2 org jerr...kna gilir2...

bila dah dapat tau kak ro mcm tu, trs jer laju tangan aku gugel psl pyakit nih...mmg lerr banyak psl kencing manis nih..beratus2 siap ngan image lagi...mmg la x lalu nk tengok..oleh kerana aku ni jenis penggeli jadi x berani la aku nk cilok mana2 image kt intenet & masukkan kt sana...harap kwn2 boleh gugel sendiri laa...tapi aku masukkan juga sedikit info psl kencing manis nih...m0ga2 sedikit maklumat yg di'share'kan ini boleh memberi manfaat kt kita semua.

this is story about kencing manis




Faktor penyebab kencing manis – Insulin tidak berfungsi atau tidak berkesan

Faktor penyebab kencing manis adalah organ pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan.
Ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga. Maka, ianya (glukos) terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing.

Jenis-Jenis Diabetes
Apakah jenis diabetes? 3 jenis utama diabetes atau kencing manis adalah seperti berikut:

-    Kencing manis jenis 1:
Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja.. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.

-    Kencing manis jenis 2:
Diabetes yang tanpa bergantung kepad insulin. Ianya selalu berlaku di kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis 2 ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubatan. Kebiasaanya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Sebagai contoh, jika ibu, bapa, datuk atau nenek menghidapi penyakit kencing manis, kebarangkalian anak-anak dan cucu-cucu mereka juga akan menghidapi kencing manis adalah tinggi.


Diabetes Jenis 1
Diabetes Jenis 2
Jarang berlakuu tetapi jika berlaku, keadaanya adalah lebih teruk.Biasa berlaku.
Terjadi di kalangan mereka yang lebih muda, antara umur 10 – 16 tahunTejadi dikalangan mereka yang lebih dewasa, berumur sekita 35 tahun ke atas
Terjadi begitu cepat. Terjadi apabila insulin yang dikeluarkan dari pancreas dimusnahkanTerjadi secara perlahan-lahan. Insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi dan menyebabkan paras glukosa di dalam darah meningkat
Tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manisMempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis
Tidak dikaitkan dengan kegemukan atau obesityKejadian kegemukan sangat tinggi
Pesakit akan mengalami tanda-tanda awal kencing manis dari gejala amaran yang seriusMerupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi
Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan suntikan insulin
Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan senaman (menurunkan berat badan) dan ubat dan suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu)

Apakah risiko atau faktor kencing manis?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidap penyakit kencing manis. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini jika mempunyai perkara berikut:

1.    Tidak aktif secara fizikal.
Mereka yang tidak atau kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi mendapat diabetes atau kencing manis.

2.    Sejarah keluarga
Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Jika salah seorang daripada ibubapa mengidap kencing manis, kebarangkalian anak-anak mereka mewarisi penyakit kencing manis adalah tinggi.

3.    Berat badan yang berlebihan.
Obesiti atau berat badan berlebihan. Orang yang mempunyai BMI > 30 adalah dikategorikan sebagai orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit kencing manis.

4.    Faktor pemakanan
Mereka yang mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu mempunyai risiko untuk menghidap kencing manis.

5.    Umur
Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko untuk anda mendapat penyakit kencing manis.

6.    Sejarah kencing manis sewaktu hamil
Mempunyai sejarah diabetes pada kehamilan yang terakhir. Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai sejarah melahirkan bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih), kebarangkalian untuk menghidapi penyakit kencing manis adalah tinggi.

Rawatan penyakit kencing manis
Langkah pertama di dalam merawat kencing manis adalah dengan mengawal paras glukosa di dalam darah. Ianya boleh dilakukan dengan cara pengubahsuaian diet pemakanan dan senaman sederhana secara berterusan.  Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, maka pengambilan ubatan dan terapi insulin adalah diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan.
1.    Mengamalkan amalan diet pemakanan yang baik.

Amalan pemakanan yang baik diperlukan bagi pesakit kencing manis:
-    Mempeolehi zat-zat makanan yang pelu bagi mencapai kesihatan yang unggul.
-    Mengawal paras gula dalam darah.
-    Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
-    Untuk mengelak dan melambatkan pengidapan kesan komplikasi diabetes.

Tips dan panduan bagi merancang pemakanan harian:
-    Waktu makan yang teratur: Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan snek.
-    Pilih jenis makanan yang sesuai: Makanan yang dielakka, makanan yang bebas, dan makanan yang perlu dikawal (akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah).
-    Kurangkan lemak, garam serta makanan yang tinggi kolestrol.
Makanan Bebas
Makanan bebas adalah makanan yang tidak mengandungi gula ringkas dan tidak mempengaruhi aras glukos darah. Sebagai contoh, air tanpa gula dan sup cair. Semua jenis sayuran dan ulaman. Sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi dan berupaya untuk memperlahankan kadar penyerapan glukos ke dalam darah.

Makanan yang perlu dielakkan
Makanan yang disenaraikan di bawah perlu dielakkan kerana ianya mengandungi gula ringkas yang akan meningkatkan aras glukosa darah dengan kadar yang cepat. Antaranya adalah seperti:
-    Gula putih, gula merah, gula Melaka, gula batu, gula-gula.
-    Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap, minuman ringan dan cordial.
-    Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, ais krim dan coklat
-    Air tebu, air kelapa muda, nira, minuman yang ditambah gula.


2.    Senaman secara sederhana setiap hari
Senaman yang sederhana secara berterusan dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.
Selain daripada itu, program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa, mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang. Selalu bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan paras normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.
3.    Ubatan dan Insulin
Ubatan diperlukan bagi menggalakkan pengeluaran insulin dari “beta-cells” pankreas. Bagi pesakit yang dinasihatkan oleh doktor bagi mengambil insulin secara suntikan, insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu.
Anda perlu mendapatkan doktor atau jururawat yang terlatih bagi mengajar teknik suntikan insulin. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.
Jarum suntikan boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa sakit.



errmm..stakat ni je la yg aku mampu copy & paste...ni pun aku cilok daripada http://ecpiwateronline.com/ ...bole la baca lagi info psl diabetes nih...nk beli air ecpi pun bleh gak...bukan aku yg jual..tlg pomote jerr coz dah cilok info dorang...mohon dihalalkan...wallahualam!!

misi mencari kasut penoreh getah

assalamualaikum wbt

ni nk crite kisah smlm..(sunday - 12/02/2012)..oleh kerana ujung minggu ni aku akan menyertai 1 lagi aktiviti outdoor pd 17-19 februari ni aku nk naik gunung datok lagi kt rembau & after dats p masuk gua batu maloi plak..mampu ker aku..??? wallahuallam...
al-kisahnya oleh kerana nk naik gunung & masuk gua batu mal0i (gua yang berair) jadi aku memerlukan kasut yg boleh digunakan di kedua2 tempat tersebut. malas la nk bawak byk2 kasut...mmg myusahkan..dh la mungkin aku akan menompang kereta org (tu pun x tau agi)...kalo kereta sendiri tu mmg aku main sumbat jer cam dalam gobok tuh... jadi, solution nya adalah mencari kasut getah a.k.a kasut penoreh getah. aku mmg dah tanya a few kwn yg biasa naik gunung about dis kasut..dorang cakap mmg sesuai & sgt selesa tuk hiking yg biasa2 jerr...tapi kalo nk naik everest kna la used kasut yg sesuai & tahan lasak se'gah' ngan tempat yg dituju tuh..

jadi, setelah membuat temujanji ngan che yus aku kul 2.30 ptg (janji kul 3.30 ptg..hihi) dah terpacak kt presint 9 (tempat keje che yus.. mula2 plan nk g kt pasar sg.besi tapi setelah mendapatkan pandangan kwn2 lain (msg kawan2 aloy) dorang cakap kasut camtu banyak jual kt kedai hardware..dorang cakap hardware byk kt bangi or kajang..but we decide nk p tgk kt dengkil...

bila dah sampai kt dengkil mmg la ssh nk carik kedai hardware coz kebanyakkan kedai kt sana tutup pada hari ahad. tapi kira nasib baik jgk la ternampak satu kedai cina yg bukak...aku & che yus trs masuk kedai tuh tapi aku tgk stok kasut dia macam yg zaman 70-an..tapi aku try jgk laa...aku nyer saiz 38 & che yus nyer saiz 37...bila dh try, cina tu pun p la blkg amik kasut spt yg direquest oleh kami...dgn bangganya cina tu wat mai kasut kt aku tapi bila nk try mak aii tekejut aku...rupanya kasut tu dah jadi jamban..penuh ngan taik lipas...errmm sakit ati aku...trs x jadi nk beli...so terpaksa la kami carik kt kedai lain...kira 2 3 kedai jugak la kami carik kebanyakkannya dah xde saiz yg dikehendaki...terpikir jugak la dalam ati kasut tu mmg femes ker?..agaknya ada org pakai wat raya kot..kuikui...

dlm keadaan panas terik kami p carik lagi kt kedai kt area situ...tetiba terjumpa satu kedai jual barangan plastik..takut jugak nk tanya coz aku tgk kedai tu cm jual besen & baldi jerr tapi aku kuatkan ati g tanya uncle tuh..alhamdulillah jumpa jugak kasut idaman hati kt situ...stok baru lagi coz dalam plastik bag...no taik lipas k..& 1 more thing harganya cuma rm7.50 berbanding ngan kedai yg ada taik lipas tu rm8.00...agaknya lagi 0.50 tu charge tuk taik lipas konon2nya bole wat baja la tu..pphuiii...

ni la kasut yg aku dok crite tuh..tapi gambar ni bukan aku pye kasut tapi aku cilok kt intenet...sorry arrr...mmg sama sebijik cam ni...dumdumdum..taraaa....

Jumaat, 10 Februari 2012

Valentine's Day & Implikasinya Menurut Pandangan Islam

Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?

 

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).”                                                                                                               (Surah Al-An’am : 116)
 
Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau  iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan  dukungan(pengaruh) media massa seperti surat khabar, radio mahupun televisyen; sebahagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day.

 
SEJARAH VALENTINE:
Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
 

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.
 

PANDANGAN ISLAM 
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t:

" Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya". (Surah Al-Isra: 36) 
Dalam Islam kata “tahu” bererti mampu untuk mengetahui dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekadar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
 
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang mendorong/mengikut kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.


HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-
Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam  masalah 'Valentine Day'.
 
1.PRINSIP/DASAR
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama  Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
 
2.SUMBER ASASI
Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka”.
Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan  mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
 
3.TUJUAN
 Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.
 
4.OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta dan huru-hara. Cuba renung-renungkan...disaat artikel ini dibaca...berapa ramai agaknya pasangan remaja atau yang bercinta yang mungkin terdiri daripada ANAK-ANAK KITA..KAUM KELUARGA KITA..SAHABAT ANDAI KITA... sedang merancang untuk keluar bersama dan mengadakan hubungan terlarang seperti zina, minum arak, pergaulan bebas dan sebagainya pada tarikh berkenaan!!! Sila rujuk Lampiran 1 untuk mengetahui keadaan sebenar kegawatan sosial di negara kita yang tercinta ini.

Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan    syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)
Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan    semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat    mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati    mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
 
Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang terang-terangan bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.
 
Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah memuja-mujaValentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak saat ini, agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim.  Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terbaik setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.
 
Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Kerana sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat material. Tetapi hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.
 
Jadi...Mengapa perlu kita mewarisi kehancuran yang telah dan sedang dihadapi oleh barat???

MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :
“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.
 
Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t.:
“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.
KESIMPULAN :
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam




Fakta Kes:
  1. Mengikut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Alwi Ibrahim, seramai 17,303 org ank luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan seluruh negara sepanjang tahun lalu. Bilangan itu meningkat sebanyak 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2008 seramai 16,541 org manakala pada 2007 seramain 16,100 orang anak luar nikah yang didaftarkan.
  2. 17,303 setahun anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan di Malaysia pada tahun 2009. Ini bermakna 17,303/365 iaitu 47 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap hari di Malaysia pada tahun 2009 bersamaan 2 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap jam di Malaysia pada tahun 2009. Ini juga bermakna 47 kes zina yang menghasilkan kehamilan berlaku setiap hari di kalangan Melayu (Islam) pada tahun 2009.
  3. Seandainya 47 kes zina ini mewakili 1% daripada kejadian sebenar maka 4700 kes zina di kalangan Melayu (Islam) berlaku setiap hari di Malaysia pada tahun 2009. Ini bermakna sebanyak 4700 pasangan lelaki perempuan melakukan hubungan seks haram setiap hari.
  4. Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
  5.  Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat.
  6. Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja

    (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam.

    



Pecahan mengikut negeri:
  • Selangor = 12,836 orang
  • Perak = 9,788 orang
  • Kuala Lumpur = 9,439 orang
  • Johor = 8,920 orang
  • Sabah = 8,435 orang
  • Negeri Sembilan = 4,108 orang
  • Pahang = 3,677 orang
  • Kedah = 3,496 orang
  • Pulau Pinang = 3,412 orang
  • Melaka = 2,707 orang
  • Kelantan = 1730 orang
  • Perlis = 691 orang
  • Sarawak = 617 orang
  • Terengganu = 574 orang
  • JUMLAH = 70,430 orang.

BAGAIMANA STATISTIK UNTUK TAHUN 2012 DAN AKAN DATANG???
BERUBAH SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT!!!

(sumber artikel ini adalah dicopy & paste daripada emel seorang hamba Allah di Jabatan kami, mudah-mudahan ianya menjadi iktibar untuk kita semua)

Khamis, 9 Februari 2012

citer hindustan...rishtey

Assalamualaikum...

Tetiba plak arini nk tulis story pasal citer hindustan...bukan apa sebenarnya nk citer pasal aritu aku teng0k citer hindustan kt TV2..skrg ni TV2 dok tayang citer hindustan stiap ari Rabu kol 10 malam...ni citer yang aku tengok tajuknya RISHTEY...citernya xde la baru tapi bukan jugak citer lama...aku dah biasa dgr lagu2 dlm citer nih sbb dulu masa tinggal kt Kg. Baru aku mmg suka beli VCD/ CD hindustan..lagi pun aku mmg dari kecik suka tgk citer hindustan..famili aku pun mmg camtu..especially pakcik aku huhuhu...citer RISHTEY nih aku x tgk lg...s0 oleh kerana kt TV2 tayang citer tu aku ngan xcitednya concentrate tgk sensorang kt ruang tamu...time tu housemate aku aini dah sleeping beauty kt bilik dia..

Lupa nk bagitau citer nih lakonan Anil Kapoor, Karisma Kapoor & Shilpa Sheety..dorang2 nih xde la aku minat sgt pun...biasa2 jerr...tambah2 lg anil kapoor ni mmg aku xminat sangat...bulu dada banyak sangat dah macam karpet benggali daa...hihihi...citer hindustan ni mmg tema & plotnya seakan-akan sama...kalo 0rang yang dah biasa teng0k citer hindustan mmg dah bole baca jalan citernya dari zaman-berzaman..cuma skrg ni dah ada la perubahan ckit...sama gak mcm filem melayu...ok berbalik pada citer hindustan yg aku maksudkan nih citernya mengisahkan pasangan suami isteri lakonan anil kapoor & karisma kapoor yang mmg saling cinta mencintai tahap gaban... mcm biasa la mst cinta antara 2 darjat...si karisma nih ank org kaya..bapaknya amrish puri (terkenal dgn jahatnya) x suka ngan anil kapor yg kerjanya peninju yang hebat..kononnya x menjamin masa depan..tapi si anak pompuan ni kira degil jugak la sanggup tinggalkan dedinya tuk sang jejaka...kalo aku agaknya x mampu nk wat camtu...jadi depa pun kawen laa...agama dorangkan senang..nk kawen xyah pakai wali...tok sami baca2, calit merah kt dahi & kliling2 api pastu dah jadi laki bini...dh kawen dorang bahagia sesangat..dh pregnant...tetiba dapat kad kawen daripada bff karisma...si isteri pegi sens0rang & si suami x ikut skali...si isteri terjumpa plak dedinya kt majlis tu...apalagi si anaknya mintak maaf kt dedi...biasala air yang dicincang xkan putus..ingatkan dah ok tapi si dedinya amik kesempatan upah pompuan jalang tuk wat tuduhan yang laki si karisma nih tid0 ngan pompuan lain...start dari sini la dorang gaduh...anak dapat kt laki dia coz ayahnya nk bunuh cucunya..after 7 years baru start citer yg sebenar...kes berebut anak...tapi mmg sedih giler..x mampu aku nk tulis dah...baik korang tengok sendiri...aku mmg nangis giler2 tgk citer nih...berjujuran air mata...tangisan aku tu sama hebat mcm aku putus cinta dulu...kesannya pada keesokkan hari aku gi keje dgn mata yang sembab kikiki...malu der..di bawah ni aku letak la gambar movie tuh..nnt senang korang nk carik info kalo tetiba interested nk tgk..lagi satu lagu anil kapor & karisma kapoor yg pakai baju hitam tu for me mmg sexy...ouchhh...!!!


Si karisma tgh pujuk anaknya makan...dia dapat hak penjagaan anknya bila dorang fight kt mahkamah

Si anil kapoor & anakya..