Isnin, 2 April 2012

Sukan Air Putrajaya 2012

Putrajaya - 24 Mac 2012 berlangsungnya Sukan Air Putrajaya 2012. Sukan ini diadakan sempena Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari setiap tahun. Acara yang diadakan di Tasik Putrajaya, Presint 5, Putrajaya bermula seawal jam 8.00 pagi. Acara yang dipertandingkan pada kali ini adalah sukan perahu panjang atau dragon boat (DB) kategori terbuka, komuniti & agensi. Penyertaan pasukan DB pada kali ini juga menggalakkan antaranya PDRM, DBKL, Navy, dan MMU yang menyertai kategori terbuka manakala bagi pasukan kategori agensi/ komuniti adalah JPM Paddlers, Naga Malaya, PPJ, KBS, DOSH, Mampu, Kanu Putrajaya dan banyak lagi.

Selain melihat pertandingan DB, para pengunjung juga boleh melawat gerai-gerai di sepanjang laluan pejalan kaki. Antaranya adalah gerai daripada ASKOPUTRA iaitu kumpulan kebudayaan Putrajaya, gerai daripada Alam Flora, gerai makanan & minuman dan sebagainya. Para pengunjung juga berpeluang untuk bermain mini games yang yang disediakan oleh pihak penganjur antaranya permainan boling kelapa, timbang belon air, sepak raga, congkak dan banyak lagi.

Sepanjang pertandingan berlangsung, majlis diserikan lagi dengan alunan nyanyian daripada artis rancangan realiti tanah air iaitu Black (Mentor) dan Mila (AF).

Alhamdulillah lebih kurang jam 1.00 petang, majlis berakhir dengan jayanya. Keputusan pertandingan bagi kategori terbuka tidak dapat dinyatakan di sini kerana saya selaku penulis tidak mempunyai rekod yang sahih. Walau bagaimana pun bagi kategori komuniti/ agensi, juara pertandingan diraih oleh Kanu Putrajaya-Juara, JPM Paddlers (A dan B) di tempat ke-2 & 3 dan Naga Malaya pula di tempat ke-4. Kesemua hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh ahli parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


Kumpulan ASKOPutra
Permainan Congkak di Booth ASKOPutra
Permainan Lambung Belon Air
Permandangan di Grand Stand...Team DB dari MAMPU

Pasukan DB sedang berjuang di tengah tasik

Persembahan daripada Black Mentor

Penyampaian hadiah oleh Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor...Tahniah kepada para pemenang

Di antara pasukan yang menang pada hari tersebut..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan