Khamis, 2 Januari 2020

Welcome 2020

Alhamdulillah masih diberikan nafas daripada Allah swt di tahun 2020. 

Tetiba terdetik hati nak update story dekat blog setelah 5 tahun menyepi disebabkan skrg ni lebih focus on facebook & others social apps. Last skali update 5 tahun lepas. Sejak dari itu tak pernah cuba nak menulis. Risau jugak takut account dh suspended oleh Google, bila cuba login masih hidup lagi rupanya.

Hari ini ofis sunyi sikit sebab ramai yang masih bercuti hujung tahun aritu dan terus sambung cuti awal persekolahan. Ye la kan, setiap ibu bapa tak mahu terlepas moment persekolahan anak-anak pada hari pertama. Zaman aku dulu tak de pun macam ni. Mak hantar pada hari pertama terus tinggal macam tu jerr... pandai2 la survive sendiri. Mak takde masa nak tunggu bagai sebab adik-adik masih kecik sapa nak jaga. Lagi pun masa tu mak tengah mengandungkan adik aku yang no. 5 mesti tak larat semua dia nak kena handle. Wanita zaman dulu bukan macam zaman sekarang. Zaman dulu mana ada suami2 yang tolong jemur lipat baju, mana ada lelaki tolong tukar lampin anak dan sebagainya. Semua wanita yang kena buat. Aku tulis mcm ni bukan aku nak cakap ayah aku spesis lelaki tak guna tetapi ayah aku sibuk mencari rezeki.

Okay stop cerita zaman dulu yang buat aku sedih tentang kesusahan kehidupan yang lalu. Sambil-sambil makan nasi bungkus, aku baca balik posting aku yang lepas-lepas. Tersenyum sendiri aku baca ayat2 zaman masih mengempeng, terasa malu sendiri hahaha. Sambil2 taip abes jugak nasi bungkus aku. Awal pulak makan nasi arini sebab pagi tak breakfast. Aku makan nasi dengan harapan kenyang sampai petang. Tapi itu tak mungkin berlaku, confirm jam 3 ptg nnt perut aku akan berkeriuk2 minta diisi 😏.

Stop dulu la kat sini sebab tak de idea nak tulis apa. Kebetulan tetiba rasa nak "vera" 😝. Perut aku mmg mcm tu, atas masuk  takdan 10 minit bawah pulak tak sabar nak keluar hahaha. Nanti ada masa aku cuba menulis lagi. 1 posting 1 bulan pun cukup la kan. Tujuan nak start menulis kembali ni bukan nak suruh orang baca story kita yang tak berapa ilmiah ni tapi nak aktifkan otak yang dah nak berkarat ni supaya tak nyanyuk. Lagipun aku ni bukan jenis yang suka membaca, so selain daripada main games dekat henpon ada baiknya aku menulis supaya sel-sel otak aku terus berhubung. Hauhaua 😎 .

Image result for happy new year 2020 images