Khamis, 22 Januari 2015

PDBC: Pesta Penang International Dragon Boat Festival 2014 (PIDBF)

Satu lagi update berkaitan last event PDBC untuk penutup 2014. PIDBF yang berlangsung pada 6&7 Dec 2014 di Teluk Bahang Dam. Ini adalah kali kedua PDBC menyertai event ini. Kali pertama adalah tahun 2013 tapi tiada placing. Tahun ni kami cuba lagi...harap ada peningkatan daripada tahun sblum ini.

Untuk pengetahuan, event ini sangat mendapat sambutan daripada team2 dragon boat bukan sahaja di Malaysia tetapi dari negara lain. Team luar negara yang turut menyertainya daripada Singapore, Philipine, USA, Iran, Canada, Brunei dll (tu jer yang aku ingat).

Oleh kerana Penang agak jauh so kami bertolak awal pagi Jumaat. Kami perlu sampai ke Teluk Bahang sebelum jam 4.00 petang untuk sesi test lane. Konvoi dengan 4 buah kereta, perjalanan ke Penang memakan masa lebih dari 6 jam kami selamat sampai lebih kurang jam 3 ptg. Sampai jer kami terus check in di hostel SMK Teluk Bahang. Kami stay kt sini sbb jarak dengan venue hanya 5 minit...selesa, bersih & murah.Untuk 2 malam hanya RM20 per head.

Humm...tetiba malas nk tulis entry ni secara detail.

Diringkaskan, PDBC bertanding dalam International Premier Mixed 12 racers 100 & 250 meter. Hanya 2 kategori sahaja yang kami mampu sbb yang lain2 tu 22 racers. So terus cerita pasal result je la kan. PIDBF kali ni kami hanya berjaya melayakkan diri ke semi final jew. Apa yang tak boleh dilupakan ialah semasa sedang race, jarak lebih 50 meter seat boat patah 2...dh hilang sedikit momentum kt situ..redha jer la..mmg xde rezeki..kebetulan team2 lain pun hebat2 belaka. So kalo ada rezeki 2015 In Sha Allah join lg.

Sekian