Assalamualaikum...Ya Allah, baru aku teringat aku ada blog rupanya...kahkhakhakk... Blog ni masih hidup. Al-kisahnya aku pepetang boring di ofis. Tapi macam malas nak balik lagi. Kebetulan baru naik cuti dari Labuan. Tteiba ada lintasan dihati, "Eh, aku dulu pernah ada blog". So sistor cuba la gugel. Laa...masih idupp blog aku huhu. Terima kasih encik google, kerana masih simpan blog sistor yang tidak seberapa yiniiiee.
So, sistor dengan pantas baca semula seni penulisan yang sistor dah tulis zaman dulu yituee...berbakat jugak tapi banyak yg memalukan. Ntah apa2 ayat aku. Biasala ayat2 zaman remaja purba huhu.
Last aku update adalah pada tahun 2020 dengan satu azam kekonon dgn KPI 1 posting 1 bulan. Hampehhh..huhu. Rupanya tinggal kenangan jer. So agak-agaknya perlu ke sistor menyambung KPI sistor yang tahun 2020 dulu?