Jumaat, 24 Jun 2011

Gambar2 Dragon Boat aritu...

Assalamualaikum...Sungguh busan arini...jadi sesajer jer aku masukkan gambar2 sekitar pertandingan dragon boat sempena Famili Day JPM 2011 yang berlangsung pada 21-22 Mei 2011 di Kompleks Sukan Air Putrajaya, Precint5. Nak criter pun x reti tapi bole la k0t aku criter mn yg aku igt jer..


Kul 8 dh nk kna bkumpul kt sana. Opss lupa nk criter nape plak aku sebuk nk g awl2 pg. Sbenarnya aku & beberapa rakan mewakili Jabatan dlm pertandingan ni. Ada 2 team yg di hantar oleh Jabatan iaitu team lelaki & team campuran. Team pompuan xde coz x cukup peserta. Jom la kita layan gambar2 yg sempat aku kutip dr kengkawan pd 1st day...


Kt sbelah kiri korang tu pas para peserta pada aritu..yg paling bangga ialah perkataan "atlet" yang ditulis kt situ. Tetiba feeling world hahaha...Lepas tu yg gambar byk2 kt bawah tu kami pye team la. Kaler tema kuning itam. almaklumlah semenjak masa depan bola sepak negara makin cerah ni ramai plak org yg minat kaler tu. Buktinya team lain pun wat kaler yg sama sehinggakan aku pun k0nfius yg mn 1 team aku hahaha...Dan brita terkini yg aku dgr smlm ada yg nk wat baju batik bahagian tema kuning itam..tgk la betapa hebatnya & smgtnya diorg2 ni...kui3!!



Ni team campuran. Yg bwh tu pun sama gak....



ni gegel yg comey2 dl team kami...comey kan..huhi
Umm..perjalanan pertandingan sgt hebat...sumer team hebat2 blaka...team kami ni cme dpt masuk separuh akhir...bole laa...br nk blajar kayuh...1st time Jabatan atar btanding...i/allah next time akan lebey maju...caiyokk!!
Team boboy..coxswim kaler merah myerlah gitu...

ni plak team mix 22...yg pakai tudung kaler peach tu aku lerr...ada gaya, mutu, keunggulan...ermmm!!

Ni plak...plakon drama Juvana...Zahiril...time tu kan drama tu sgt la femes...s

ni plak jersey kitaw0rang yg di spons0r by kss..ummm...
Dah xtau nk tulis apa..baik aku wat summary jerr...antara team yang menang adalah team from SMART a.k.a abang gagah perkasa sampaikan pedal pun patah 2 3 kali, team APMM, JPM, SPA, JPA, SPR.. =)

Noted: aku karang citer nih pada 24/06/2011...tapi aku post pada hari ni 09/01/2012...hihihi...lupa..dh lama x update...

Rabu, 8 Jun 2011

kisah tempayan yang retak

Assalamualaikum...

Suasana ptg yg sggh membosankan, tambahan pula skg ni mmg xde keje dkt ofis tetiba plak aku cam rajin nk tgk emel yg lama2...tertarik aku pada 1 emel yg dihantar oleh salah sorang sahabat mengenai kisah tempayan yang retak. Bagi aku kisah ini amat bermakna, jadi ingin aku kongsikan dgn mereka2 yg aku sayangi walau pun aku tahu mungkin dah ramai yang tahu kisah ini. walau bagaimanapun moga2 kita semua mendapat iktibar dari kisah ini. Begini kisahnya:

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.

Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaanny a dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.
 
Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata,

"Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu,

"Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias Rumahnya seindah sekarang.

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mau, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita.
Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita.

Kita sebenarnya insan istimewa. Amin