Diringkaskan cerita, diselitkan disini catatan perjalanan kami (Paddlers Putrajaya) pergi dan balik. (Putrajaya ~ Kedah ~ Putrajaya).
27 Mac, 2012 (Selasa)
- 10.30 mlm berkumpul & bertolak ke destinasi di Kedah dengan menaiki bas Perbadanan Putrajaya, 1 biji van & 1 biji kereta. Kekuatan keseluruhan adalah seramai 28 orang.
28 Mac, 2012 (Rabu)
- 5.30 pagi, tiba di bandar Alor Setar dan berhenti untuk solat subuh di Masjid Negeri.
- 7.00 pagi bersarapan di gerai makan berhampiran Stadium Darul Aman. Selepas bersarapan, bertolak ke lokasi kejohanan di MADA Kedah untuk sesi meng'test' lane.
- 12.00 tghari, singgah makan tengahari & terus check-in di Holiday Villa Alor Setar.
- 4.00 ptg, lagi sekali ke MADA Kedah bagi meng'test' lane kali ke-2.
29 Mac, 2012 (Khamis)
- 7.00 pagi brekfast dan bersiap sedia ke lokasi kejohanan. Terpaksa menunggu giliran untuk diangkut ke sana dengan menaiki van memandangkan bas telah pulang ke Putrajaya untuk menjalani ujian PUSPAKOM & akan kembali semula pada 30 Mac 2012.
- 8.00 pagi tiba di lokasi kejohanan. Para paddlers dikehendaki warm-up terbih dahulu.
- 9.15 pagi race bermula. Paddlers Putrajaya terpaksa bekerja keras kerana lawannya adalah naga yang hebat iaitu team DBKL yg mewakili Kuala Lumpur & team Pacific West yang mewakili Pulau Pinang. Agaknya belum rezeki Paddlers Putrajaya untuk mara ke peringat final. Keputusan masa (kalo x silap) adalah 4.26 (PP), 4.40 (KL), 4.42 (Putrajaya).
30 Mac, 2012 (Jumaat)
- Sepanjang pagi adalah xtvt sendiri.
- 12.00 tghari check-out dan bertolak ke Padang Besar.
- 2.30 ptg tiba di Padang Besar. Xtvt adalah makan tengahari & shopping.
- 4.30 ptg bertolak pulang ke Putrajaya.
- 1.00 pagi, alhamdulillah selamat tiba di Putrajaya.
Di lampirkan beberapa gambar untuk tatapan semua. Sekian ;)
Paddlers Putrajaya bersedia ke starting point. |
Bergambar kenang-kenangan dulu |
Paddlers: Karipap Pusing, Ayoi Roy, Aliph Putra |
Mr. Azzu& adik-adik paddlers |
Lagi-lagi gambar korang...haha... |