Isnin, 2 April 2012

Team Dragon Boat Putrajaya Melebarkan Sayap Ke Kedah

Alhamdulillah...dh rezeki paddlers semua nk terbang lebih jauh...Tetiba jer kan...Story nk adalah berkaitan jemputan paddlers Putrajaya ke Temasya Sukan Sungai 2012 sempena Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman ke-84, Di Tanjung Chali, Alor Setar, Kedah. Temasya yang berlangsung dari 28 hingga 31 Mac 2012 menghimpunkan peserta2 DB daripada negeri2 di Semenanjung Malaysia & juga daripada beberapa buah negara lain. Paddlers Putrajaya yang terpilih ke temasya ini adalah terdiri daripada paddlers daripada JPM, Naga Malaya & PPj.

Diringkaskan cerita, diselitkan disini catatan perjalanan kami (Paddlers Putrajaya) pergi dan balik. (Putrajaya ~ Kedah ~ Putrajaya).

27 Mac, 2012 (Selasa)
- 10.30 mlm berkumpul & bertolak ke destinasi di Kedah dengan menaiki bas Perbadanan Putrajaya, 1 biji van & 1 biji kereta. Kekuatan keseluruhan adalah seramai 28 orang.

28 Mac, 2012 (Rabu)
- 5.30 pagi, tiba di bandar Alor Setar dan berhenti untuk solat subuh di Masjid Negeri.
- 7.00 pagi bersarapan di gerai makan berhampiran Stadium Darul Aman. Selepas bersarapan, bertolak ke lokasi kejohanan di MADA Kedah untuk sesi meng'test' lane.
- 12.00 tghari, singgah makan tengahari & terus check-in di Holiday Villa Alor Setar.
- 4.00 ptg, lagi sekali ke MADA Kedah bagi meng'test' lane kali ke-2.

29 Mac, 2012 (Khamis)
- 7.00 pagi brekfast dan bersiap sedia ke lokasi kejohanan. Terpaksa menunggu giliran untuk diangkut ke sana dengan menaiki van memandangkan bas telah pulang ke Putrajaya untuk menjalani ujian PUSPAKOM & akan kembali semula pada 30 Mac 2012.
- 8.00 pagi tiba di lokasi kejohanan. Para paddlers dikehendaki warm-up terbih dahulu.
- 9.15 pagi race bermula. Paddlers Putrajaya terpaksa bekerja keras kerana lawannya adalah naga yang hebat iaitu team DBKL yg mewakili Kuala Lumpur & team Pacific West yang mewakili Pulau Pinang. Agaknya belum rezeki Paddlers Putrajaya untuk mara ke peringat final. Keputusan masa (kalo x silap) adalah 4.26 (PP), 4.40 (KL), 4.42 (Putrajaya).

30 Mac, 2012 (Jumaat)
- Sepanjang pagi adalah xtvt sendiri.
- 12.00 tghari check-out dan bertolak ke Padang Besar.
- 2.30 ptg tiba di Padang Besar. Xtvt adalah makan tengahari & shopping.
- 4.30 ptg bertolak pulang ke Putrajaya.
- 1.00 pagi, alhamdulillah selamat tiba di Putrajaya.

Di lampirkan beberapa gambar untuk tatapan semua. Sekian ;)

Paddlers Putrajaya bersedia ke starting point.

Bergambar kenang-kenangan dulu

Paddlers: Karipap Pusing, Ayoi Roy, Aliph Putra

Mr. Azzu& adik-adik paddlers

Lagi-lagi gambar korang...haha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan