Khamis, 3 Mac 2011

4 golongan lelaki ditarik wanita ke neraka


Assalamualaikum

Sekadar untuk berkongsi dgn mereka2 yg kukasihi. Smoga mnjadi panduan & ikhtibar tuk kita semua:
 * 
*
*
Seseorang wanita itu apabila di Yaumal Akhirat akan menarik 
4 lelaki bersamanya
kedalam neraka......

Ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum
lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama

serta berwaspada akan tanggungjawab yang kita pikul.



1 - AYAHNYA....


Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak - anak
perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti
mengajar solat,

mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat,
tidak cukup kalau hanya memberi kemewahan dunia sahaja, maka dia akan

ditarik oleh anaknya ke neraka.



2 -  SUAMINYA.....


Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas
di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan
kaum lelaki yang

bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim
seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia juga akan ditarik
oleh isterinya

kedalam neraka.



3  - ABANG - ABANGNYA.........

Apabila ayahnya sudah tiada, maka tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
keatas abang - abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya
sahaja

dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM, maka tunggulah
tarikan adiknya diakhirat kelak...



4 - ANAK LELAKINYA......


Apabila seseorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram disisi islam, bila ibu buat kemungkaran, mengumpat dan sebagainya
maka anak itu akan disoal

dan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya, maka
kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di
akhirat tarikannya begitu hebat.

Maka kaum lelaki yang bergelar AYAH / SUAMI /ABANG / ANAK LELAKI harus
memainkan peranan mereka yang sebenar dan dengan penuh tanggungjawab......

Firman Allah S.W.T:

" HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI

  API NERAKA, DIMANA BAHAN BAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU -
BATU....."



Wahai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang - abang anda serta anak
- anak lelaki anda , kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri dan

jalankan perintah Allah S.W.T bersungguh - sungguh serta ikhlas......



Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik
dan tertarik oleh mana - mana pihak. Harga seorang muslim sangat berharga

dan Allah S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA....



Semua kaum muslim dijamin masuk syurga ( sesiapa yang mengucap kalimah
tauhid ) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah

janji dan peluang yang diberikan kepada kita.....



SEMOGA RENUNGAN INI DAPAT MEMPERTINGKATKAN LAGI TANGGUNGJAWAB DAN AMAL
IBADAH KITA

KEPADA ALLAH S.W.T........ SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU
BENAR..........................

WASSALAM......

(Sumber: email yg difwdkan oleh rakan2 kpd saya)

kalo rajin bole jgk singgah2: http://www.eramuslim.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan