Jumaat, 29 April 2011

kenali famili seksyen metodologi persampelan & khidmat nasihat

assalamualaikum w.b.t

kali ni aku nk kenalkan famili seksyen metodologi  persampelan& khidmat nasihat. So xyah panjangkan crita, (kebetulan aku pun xde apa nk tulis) meh la tgk muka2 kami semua & sedikit ulasan daripada aku selaku penulis. (semua ulasan/kritikan adalah drpd pandangan peribadi penulis, so jgn lebey2...bc jer...hik3)


dr kiri: anis, ina, k'na, sue, pn. sayeeda, en. B, shida, aku, k'jem
gambar yg ramai2 tu diambil sempena majlis APC jabatan, tu yg sume pakai baju merah coz temanya merah...kebetulan puan sayeeda pun salah sorang penerima anugerah pada hari tersebut tapi bukan APC, beliau dapat anjakan gaji...kira hebat la sbb bukan senang nk pass exam bagi anjakan gaji...alhamdulillah & tahniah..

en. B & k'na
ni plak gambar en. B atau nama penuhnya Barshah bersama2 dgn k'Na @ Mek Rauna. K'na ni org paling lama kat bahagian ni...sejak mula2 servis sampai la ni xpenah kuar2 dari jabatan ni...kira hebat jugaklah sbb banyak experience mengenai sampling methodology. skg ni dua2 dok kt unit khidmat nasihat. jadi kalo korang nak nasihat pasal sampling bole la tanya depa2 nih...


ni plak shida ngan puan sayeeda. dulu diaorg ni 1 unit...kiranya sorang bos sorang ank buah laa...yg bosnya puan sayeeda...pada pendengaran kita nama diorg lebey kurang sama jer...tu yang bole buat org confius...skg ni shida dah x berkhidmat dgn pn. sayeeda...dgn kata lain pn. sayeeda tu ex-boss shida laaa...tapi masih lagi dlm seksyen yg sama cuma berlainan unit jer...


ni plak gambar anis ngan pn. sayeeda...anis ni xde kena mengena pun ngan seksyen kami tapi saja la tu nk enteprem...ha3..sori anis..anis ni dari unit admin..tu pegang2 bunga tu kiranya gembira la dgn kejayaan pn. sayeeda..

ni org2 kuat unit persampelan isi rumah

ni plak unit persampelan isi rumah yg terkini 2011. kalo korang nk tau depa2 ni la yg buat sampling berkaitan isi rumah, tenaga buruh dsb. nya tuk negara kita...hebat kan...!!hik3

ni la awek2 kt unut kami...sume masih bujang ketika gambar ni dirakamkan...
seterusnya, ni la barisan jelitawan kt seksyen kami...sumenya bujang2...dari kiri tu ain (dh bertunang & bakal berkahwin x lama lg), aku (xde apa2 status...single & available), shida (status belum dikenalpasti), sue (single but not available), ina (tunangan org & i/allah kawin bulan nov ni)...



skg ni kita masuk admin plak...spt yg korang tau yg pakai tudung pink tu namanya anis (status: bakal bekahwin ujung bulan Mei ni, alhamdulillah). & kat sebelah tu k'jem a.k.a k'jemmy...diorg ni menguruskan pasal admin kt unit kami...



ni aku ngan cik neyna...kalo korang nk tau ni la bakal pengantin...nk kawin bulan november ni...i/allah...kiranya dia ni ketegori rajin jgk, suka niaga, kalo kita de masalah pasal access ni bole la panggil dia...hebat kgk la ni...

shida@shidoot, sue


ina a.k.a cik neyna


aku...cik wahii..selaku penulis...


Khamis, 21 April 2011

Sekitar Majlis PPPP di Bangi Golf Resort

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia (greet yg sgt giler formal, biasa la goment servant hik3).

Pada 15 April 2011 (Jumaat bersamaan 11 Jamadilawal 1432H) yg lalu berlangsung majlis ramah mesra Persatuan Penolong Pegawai Perangkan (PPPP), Jabatan Perangkaan Malaysia yang diadakan di Bangi Golf Resort. Majlis tersebut bukan sekadar ramah mesra biasa tapi Mesyuarat pemilihan JK yang baru serta meraikan ahli PPPP yang akan bersara kelak disamping berkenalan dengan ahli PPPP yang baru berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia seperti aku ni..Majlis tersebut agak meriah dan berlangsung dgn jayanya walaupun pada sebelah petang hujan turun dengan lebatnya. Apa yang paling manis sekali apabila aku dapat baucer hotel percuma 2H1M di Bukit Gambang Resort, Kuantan...studio room katanya...tapi aku x tau besar mana...yang penting dapat bilik pree tuh...h03...sungguh gumbira...alhamdulillah kiranya bertuah jugak la aku yang sebelum ni x penah dapat apa2 kalo bab2 "lucky draw" nih..Di bawah ni aku lampirkan beberapa gambar yang ku kira agak menarik masa majlis tu...jom kita layan...gambar aku je laaa...muahahahha...





Tu la hadiah lucky draw yg aku dapat...member sbelah tumpang gumbira ha3


Sume nampak sodapp!!!


Kalo pic yg tgh pegang pen tu aku tgh interview bakal2 pesara...ala2 journalist gitu..

Di antara jejaka PPPP yang macho & kurang macho..ha3...sori br0 gurau jek!


Registration team

Selasa, 29 Mac 2011

Iman Semut vs. Iman Manusia



Assalamualaikum wbt...tertarik dgn email salah seorang pegawai kt ofis aku mengenai iman dua makhluk Allah ini. jadi aku share kan dgn korang yang sudi singgah kt blog aku yg x seberapa ini. smoga ianya memberi pedoman dlm kehidupan kita yg sementara ini.

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan
bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.


Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.


Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". itulah iman semut...

 



Iman Manusia
 
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.
 


Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.
Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia. Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" . Wallahulam.Ust Yusainie

Khamis, 3 Mac 2011

Kubur, Racun


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
 
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.  

 
 
 
5 Jenis Racun dan 5 Penawarnya
 

1. Dunia
itu racun, zuhud itu obatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu obatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu obatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu obatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu obatnya.
 
 
 
(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)

 

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:


Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala OBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

 
 
 
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :
 
 

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

 

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
 Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

(Sumber: Email lama from kengkawan) 
 

4 golongan lelaki ditarik wanita ke neraka


Assalamualaikum

Sekadar untuk berkongsi dgn mereka2 yg kukasihi. Smoga mnjadi panduan & ikhtibar tuk kita semua:
 * 
*
*
Seseorang wanita itu apabila di Yaumal Akhirat akan menarik 
4 lelaki bersamanya
kedalam neraka......

Ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum
lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama

serta berwaspada akan tanggungjawab yang kita pikul.



1 - AYAHNYA....


Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak - anak
perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti
mengajar solat,

mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat,
tidak cukup kalau hanya memberi kemewahan dunia sahaja, maka dia akan

ditarik oleh anaknya ke neraka.



2 -  SUAMINYA.....


Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas
di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan
kaum lelaki yang

bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim
seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia juga akan ditarik
oleh isterinya

kedalam neraka.



3  - ABANG - ABANGNYA.........

Apabila ayahnya sudah tiada, maka tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
keatas abang - abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya
sahaja

dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM, maka tunggulah
tarikan adiknya diakhirat kelak...



4 - ANAK LELAKINYA......


Apabila seseorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram disisi islam, bila ibu buat kemungkaran, mengumpat dan sebagainya
maka anak itu akan disoal

dan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya, maka
kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di
akhirat tarikannya begitu hebat.

Maka kaum lelaki yang bergelar AYAH / SUAMI /ABANG / ANAK LELAKI harus
memainkan peranan mereka yang sebenar dan dengan penuh tanggungjawab......

Firman Allah S.W.T:

" HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI

  API NERAKA, DIMANA BAHAN BAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU -
BATU....."



Wahai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang - abang anda serta anak
- anak lelaki anda , kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri dan

jalankan perintah Allah S.W.T bersungguh - sungguh serta ikhlas......



Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik
dan tertarik oleh mana - mana pihak. Harga seorang muslim sangat berharga

dan Allah S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA....



Semua kaum muslim dijamin masuk syurga ( sesiapa yang mengucap kalimah
tauhid ) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah

janji dan peluang yang diberikan kepada kita.....



SEMOGA RENUNGAN INI DAPAT MEMPERTINGKATKAN LAGI TANGGUNGJAWAB DAN AMAL
IBADAH KITA

KEPADA ALLAH S.W.T........ SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU
BENAR..........................

WASSALAM......

(Sumber: email yg difwdkan oleh rakan2 kpd saya)

kalo rajin bole jgk singgah2: http://www.eramuslim.com/

Selasa, 1 Mac 2011

jangan ditanya kenapa..


Kenapa Masih Belum Berumahtangga ?





Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Wallahu’alam


(Sumber: Madrasah Online by Amy Mastura)

Khamis, 24 Februari 2011

my little baby




comei x? ni la kami pye baby kt rumah tu, namanya "chu"..ilang ckit rasa boring sbb dh de benda yg nk dilayan...sgt manja & aktif...waktu siang kjenya membuta...mlm plak main...suka gigit ibu jari kaki, suka main dalam selimut, panjat tingkap, main sume benda yang tali2...suka membazir tisu..mcm2 hal la yg dia buat...tapi apa2 pun we luv her so much...lgpun kucingkan binatang kesayangan Nabi (saw) kita..mudah2 smoga chu sihat & ceria slama-lamanya...tq coz sudi temankan kami...luv u..