Ermm...hebatkan...buat julung2 kalinya Putrajaya Paddlers (PP) dapat jemputan untuk menyertai perlumbaan perahu panjang sempena ulang tahun pemerintahan Raja Thailand. Pertandingan tersebut berlangsung di Narathiwat, Thailand...Huh! seumur hidup aku lom penah aku sampai ke sana, walau pun org cakap dekat sgt dgn negeri kelahiran aku di Kelantan. Pertandingan itu berlangsung pada 21 - 26 September 2012. W/pun date dalam surat invitation tu bermula 21hb tp kami semua decide nak gerak from KL pada date tersebut memandangkan ada paddlers yg ada masalah dari segi cuti. Lagi pun kami telah dimaklumkan bahawa games sebenar bermula 22 hb.
Perjalanan kami ke sana adalah dgn menaiki bas daripada Hentian Putra ke Pengkalan Kubor, Kelantan. Rombongan kami dari KL seramai 16 yg terdiri daripada Aliph Putra, Amer Adielah, Sukri Wahab, Putra Fendy, Karipap Pusing, Samsulrizal Ibrahim, Adi Ya, Allan Naga, Amok Brutal, Billy Hernandez, Aizat Zulkefli, Rody, Amoi Nara, Nuraitul Syima, Che Yus dan aku sendiri Nik Zawahir Nik Yusoff dan 1 paddlers yang didatangkan khas dari Tganu iaitu Awang Marang...hihi...Dari KL hampir jam 10.30 mlm & kami tiba di Pengkalan Kubor juga agak lewat dalam 7 pagi.
After brekfast kami gerak ke jeti utk ke seberang (Takbai) dengan menaiki bot yang tambangnya singgit satu kepala (siap dapat discount lg ngan akak tiket)...perjalanan menaiki bot aku kira kurang dalam 7 minit shj..After that kami berkenal2an dengan contact person kami iaitu Pak Mat dan kami dibawa terus ke Hotel Imperial utk check-in dan bersiap2 ke tempat race. Di sana kami dijaga oleh 2 orang LO yg sgt bertanggungjawab iaitu Lah & Sul...
Race kami bermula pada jam 10.30 pagi (waktu siam)..dan line-up competition kumpulan kami (Kump A) pada hari pertandingan adalah spt berikut:
- Narathat
- Putrajaya Paddlers
- Kokian Sud-district Administrative. Org
- Phaya Tanee
Cuaca kt sana sgt panas, walau bagaimana pun pada aku bandar Narathiwat sangat bersih, sungai pun bersih gak...Security amat memuaskan...kamera cctv di mana2 shj...hihi...Nak crita panjang mmg aku tak larat tapi aku pendekkan crita pertandingan di sana, format pertandingan adalah secara liga...PP menang 2 kali race sahaja & x berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Walau xlayak ke peringkat seterusnya, aku bangga ngan PP coz dpt lawan ngan team naib juara taun lepas, bkn semua leh rasa lawan ngan team yg sudah sedia hebat...International beb...banggakan??...Keputusan pertandingan keseluruhan dimenangi oleh team PDRM. Tahniah diucapkan, anda memang layak...& semua org tahu siapa anda...I/allah 1day we were follow u..
Kami bertolak pulang ke Putrajaya pada 25 September 2012 dgn menaiki train di Stesen Wakaf Baru...Almaklumlah memasing tak penah naik train yang ada katil...hihi...Di sini aku nk rakamkan jugak ucapan terima kasih kt pihak pengajur jemput PP, kt Pak Mat yg banyak membantu siap kasi serunding, kuih akok dan mineral water, kt Abg Awi yang byk membantu semasa pertandingan, kt LO kami yg sgt setia & mempunyai tahap kesabaran yg tinggi Lah & Sul, kat abang Usop coz tggu kami kt jeti utk amik tiket train dan PP yang menjayakan lovely trip ke Nara...Bagi yang xpuashati pasal crita aku ni leh tgk gambar2 sepanjang kami kt sana, nescaya secara automatiknya anda akan faham & sgt ngerti betapa bestnya kami kt sana...rugi laa sape yg xdapat follow tu...huhu...(",)
|
Greeting From Imperial Hotel Of Narathiwat.. |
|
Ist day kt sana...siap2 nk ke tempat pertandingan |
|
Pengangkutan kami sms di sana...only @ Nara...dok Mesia x merasa la korang hihi.. |
|
Our team...siap sedia... |
|
Tgh tggu nk race...panas2 pun amik la gambar wat kenang2an...taun dpn lom tentu lg leh dtg ke x... |
|
3 gurls pun nk try kayuh...picture sblm tau kisah sbnar...hihi |
|
Incik Kapten dok warm-up...paddlers wajib buat... |
|
Sungai...lokasi pertandingan...cantik & bersih... |
|
Bincang strategi dulu... |
|
1st race ngan Narathat... |
|
Jersey kami dihari pertandingan...kalo kome tau leh translate sndiri cacing2 tu...provided by organiser |
|
Haha...tersesat kt sini plak gambar nih...Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Kubor (time nk seberang) |
|
Picture PP with Governor of Narathiwat |
|
Picture with the dancer...so u think u can dance??? |
|
Picture b4 dinner...(tggu bebudak lain dulu) |
|
PP bertenggek nk support PDRM...team Malaysia...Malaysia Boleh!! |
|
Jetty kat Takbai...dah nak balik dah...picture with LO kami... |
|
Yeehaawww...dah sampai KL....kt KL Sentral...sonok2... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan