Jumaat, 19 Oktober 2012

Suwit - Suwit @ Nara... ;)

Sebelum kaki2 Putrajaya Paddlers (PP) menjejakkan kaki ke bumi Narathiwat, banyak persoalan yang timbul...Aku kira berbagai2 gambaran & imaginasi berterbangan di kotak fikiran masing2...mungkin ada yg pernah sampai tapi majoriti dalam PP belum pernah menjejakkan kaki ke situ...Kalo ditengok dari bentuk muka bumi xde bezanya dengan Malaysia...almaklumlah negara pun sebelah menyebelah jerr...30 minit from border...bahasa komunikasi pun bukan menjadi satu masalah kerana rata2 penduduk di sana boleh berbahasa melayu walau pun loghat melayu patani tu sedikit pekat...seperti yang telah diketahui umum kebanyakkan penduduknya adalah beragama islam.

Sedikit info berkaitan Narathiwat:

Narathiwat adalah salah satu wilayah yang terletak di Selatan Thailand, berjiran juga dengan wilayah Yala dan Pattani dimana ianya juga bersempadan dengan Malaysia iaitu di Negeri Kelantan. Jarak perjalanan Narathiwat dari Bangkok adalah sejauh 1,140 kilometer dan keluasan wilayah tersebut adalah 4,475 kilommeter persegi

Kalo nk tau lebih lanjut leh dapat info kt link ni http://en.wikipedia.org/wiki/Narathiwat_Province

Sepanjang berada di sana, (pemerhatian peribadi aku) sistem jalan raya nya agak baik juga , agak teratur cuma keadaan di bandar Narathiwat agak serabut sedikit...bagi aku itu adalah perkara biasa bagi tempat yang baru nk membangun tapi kalo  di negara maju keadaannya mungkin berbeza...

Dalam aspek keselamatan, amat dititikberatkan kerana wilayah Nara adalah wilayah bergolak...jalan raya dipenuhi kamera & cctv...bangunan spt hotel, kedai, bank dan rumah2 pensendirian juga dilengkapi dengan medium tersebut.

Makanan ruji di sana adalah nasi...sama jer dgn malaysia cuma nasi menggunakan beras siam ni lain ckit rasa & rupa...orang cakap lebih wangi & lagi best...berasnya agak berpulut...dan tidak hairan la kalo kt malaysia harganya lagi mahal berbanding dengan beras tempatan...utk bawa masuk juga ada peraturan2 tertentu yang perlu dipatuhi...Yang paling femes kt sana adalah tomyam & somtam...org di Nara ni jarang masak menggunakan santan...masakkannya amat pedas seolah2 harga cili kt sana sangat murah..hihi...

Kalo nk tahu, orang siam ni amat menghormati raja mereka...sangat patuh...disepanjang jalan memang terdapat potret raja & kaum kerabatnya di kebanyakkan jalan2 utama...yang ni aku xleh nk elebrate panjang coz kurang mahir pasal sistem beraja siam ni...

Kat Narathiwat, pengangkutan awam adalah menggunakan tut-tut...& rakyatnya banyak naik motor berbanding kenderaan lain...dan motorsikal kt sana sangat unik & comey belaka...masa aku g Hatyai dulu pun pegangkutan utamanya adalah tut-tut dan motorsikal...memang anda xkan jumpa teksi or cab cam kt Malaysia...lain negara lain caranya hih...

Sepanjang di sana banyak tempat2 menarik yang kami lawati...jadi yang part tempat menarik ni aku mmg xnak goreng panjang...so aku paparkan gambar2 kami kt sana tu...tapi apa yang pasti aku dan PP sangat enjoy disana...seolah2 dunia ini kami yang punya...dan bila ingat2 semula tempatnya xseperti yang digambarkan di dalam paper tu...mungkin  ada tapi kt tempat lain la kot...orang kata x kenal maka x cinta...bila dah kenal, dah terjatuh cinta...Eh..eh...(",)


1) Citer makan2...





2) Beaches...





3) Waterfall...in luv...




4) The transporter...tut-tut





5) 300 years Old Mosque




6) @ TAHA...not T*** :)





Done!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan