Jumaat, 4 Januari 2013

Kayuhan Terakhir 2012

Aku ingat last games yg aku akan kayuh adalah time g Makassar aritu, rupanya tidak...still ada lg pluang utk kayuh sebelum tahun 2012 berakhir. Ianya bukanlah seperti yang dirancang. Kehadiranku adalah sebagai peneman sygku Amoi Nara yang dijemput bermain bersama PDRM bagi kejohanan perahu panjang di Sungai Melaka pada 30 Disember 2012. Aku sendiri tidak dimaklumkan oleh team tersebut utk turut menjadi paddler kerana setahu aku hanya seorang sahaja paddler diperlukan untuk mengisi kekosongan team wanita. Dimaklumkan bila dah sampai di Melaka, nasib baik aku sedia membawa pakaian yang sesuai konon-kononnya bajet nk swimming (masa tu ingat team akan stay kt hotel...hihi). Bila dah tau dapat main sama PDRM, rasa ragu2 jugak coz risau bila nk main dgn team yang hebat ini...nk kna perform sehabis baik, kena buktikan bahawa kita juga bahawa paddler PPC ni bukan calang2 orang.

Tiba hari yang dinantikan, aku bangun seawal 5 pagi coz xmo berebut2 bilik air ngan paddler lain. Lagipun, semua team perlu berada dilokasi pertandingan selewat2nya jam 7.30 pagi. Pertandingan dimulakan dengan kategori Men 12, Mix 12 dan Women 12..jadi giliran wanita nk kayuh tu kira lambat cikit laa...tambahan pula hanya 2 team sahaja yang dilepaskan bagi setiap hits..(pengadilan pemenang setiap round adalah berdasarkan masa terbaik). Setiap kali nk games, mmg dah jadi habits aku akan ke toilet 2 3 kali...nervous..daripada games di Tganu, Putrajaya, Makassar hinggalah ke Melaka.

Pertandingan hari tu berjalan lancar, tiada insiden2 yang tidak diingini berlaku...cuaca juga sangat baik, tidak terlalu panas...suam2 kuku jerrr...PDRM berjaya membawa pulang 2 emas & 1 perak; juara kategori men & women, naib juara kategori mixed...juara bagi kategori mixed di bolot oleh MMU..Congrats semua...walau bagaimanapun apa yang lebih bermakna, Momoi berjaya membawa balik 1 paddle bagi acara cabutan bertuah..aku pula dapat pengalaman bermain ngan team ni, kebetulan kan..kiki ('',)


We Wuz Here ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan