Fakta:
- Kos kerugian: RM 1*** (dirahsiakan sbb kalo org tu baca dia akan ckp baik beli baju kawen jerr...ehehee)
- Tarikh: 3 - 6 November 2013
- Kekuatan rombongan: 1 bas persiaran yg terdiri daripada famili BSN
- Tempat persinggahan: Krabi & Phuket
Ringkasan Perjalanan:
2 November 2013
- Lebih kurang jam 12.00 malam bertolak dari Ibu Pejabat BSN Jalan Ampang dengan menaiki bas persiaran ke Pulau Pinang.
3 November 2013
- Subuh-subuh dh sampai di Pulau Pinang
- Kol 12 tengahari selamat check-in dalam perut SSL. 1st time tengok..mak aii besau nya..tetiba teringat citer Pisau Cukur lakonan Maya Karin & Fazura. Begitu la rupanya.
- Start belayar, 1st night kt dalam SSL
4 November 2013
- Jam 11 pagi krew release semua penumpang untuk singgah di Krabi.
- Bersiar-siar di Krabi sekejap sbb kol 4 dah kna balik ke SSL semula.
- Malam ada dinner ngan kapten kapal.
5 November 2013
- SSL singgah di Phuket, Thailand. Kali ni bole bersiar-siar lama ckit sampai jam 10 malam.
- Kali ke-2 jugak aku berkunjung ke sini. Tiada apa yg berubah..sama jerr..or myb aku x prasan perubahan tu.
- Bersiar-siar di sekitar Phuket with my sis & her frenz
6 November 2013
- Jam 12 tengahari slamat mendarat di pelabuhan Port Sweetenham, Penang.
- Bas dah tunggu untuk balik KL
Nota:
- Kebanyakkan makanan yang disediakan di dalam SSL adalah halal & telah mendapat pengesahan halal. Ketua Chef juga adalah orang melayu. Kalo x silap nama dia Chef Saiful
- Tetamu SSL dibekalkan dengan sekeping kad ID di mana kad tersebut bertindak sebagai kunci bilik & juga kredit kad. Dengan kata lain sekiranya anda ingin membuat pembelian cenderahati atau sebagainya, boleh sweep kad tu. Tiada urusniaga tunai dilakukan semasa pelayaran. Pembayaran adalah semasa check out.
And sedikit gambar dari kamera hp aku. Tak banyak yg aku snap. Kebanyakkan picture dalam kamera yg hebat kepunyaan my sis (wekk...kehkehkeh)
Ni la kad yang aku maksukan tu..So kna jaga betul2 kad ni |
SSL |
Kabin kitorang |
Suasana dalam kapal (Nota: Sila abaikan model tu..hihi) |
Di antara show di Star Dust |
Para penonton..ibu-ibu, bapak-bapak..hihi |
Haaa...ni la satu2 gambar yg ada dalam HP aku |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan