Khamis, 17 Mei 2012

Peristiwa 13 Mei: Menawan Pine Tree Hill & Twin Peak

Sabtu 13 Mei 2012…hiking lg Nampak gayanya…mcm biasa trip hiking aku kebanyakkannya trip yang x di rancang…dgn kata lain adalah trip last minute…sesuai sgtlah dgn kata2 kita hanya merancang dan Allah jua yang menentukan…kali ni ke Pine Hill di Bukit Fraser. Mmg seumur hidup aku x penah ke sana…org ke sana berehat2, makan angin sambil menenangkan jiwa…aku pulak pegi meletihkan badan…tp xpe la yang penting sangat seronok pegi ke sana bersama Ayoi Roy, Amoi Nara dan Che Yus..Mereka ini telah aku anggap seperti adik-beradik aku sendiri, boleh bergurau senda & bertepuk tampar each other. Di samping tu bole jugak knal kwn2 baru yg sangat sporting seperti Kacak, Pacak, Pijan, Lily, Zai. Mereka ni sangat mesra & x terasa pun mcm baru knl…Biasa la org kata bila minat dh sama, keserasian tu cepat meresap di jiwa.
Berbalik pula kepada trip kali ni,akan ku terangkan secara ringkas:  kami bertolak lebih kurang jam 12 lebih kalo x silap aku…time ni aku x alert sgt, aku pun x tau pehal…time ni jugak isi minyak, g toilet, sesi tunggu org tu & org ni alih2 waktu & dah x tau waktu bertolak yg sebenar…tapi yg aku tau kami selamat sampai di Fraser Hill jam 4.00 pagi lebih…Setelah selesai melengkapkan diri, briefing by Ayoi Roy & stretching, kumpulan kami dengan kekuatan seramai 12 orang memulakan pendakian tepat jam 5.30 pagi.
Trek pendakian sangat mudah dan santai. Mmg sesuai bagi pendaki yg 1st timer nk berjinak2 hiking…trek bersahaja,  banyak menurun daripada menaik dan anak2 tangga banyak membantu perjalanan kami. Kadang2 seolah-olah berjalan di tanah kebun, hati berbunga girang dgn trek sebegini dengan anggapan peratus “mintak nyawa” adalah tipis. Tambahan pula sepanjang trek kami ditemani dengan pokok2 renek yang indah dan sejuk mata memandang. Tapi setelah 3 jam berjalan jiwa memasing mulai kacau…haissshh bila nk sampai ni…baru aku sedar w/pun treknya landai & santai tapi disebaliknya adalah trek yg panjang & meletihkan. Huhuhu…apa pun x bley…perjalanan perlu diteruskan…akhirnya kami sampai juga di Pine Hill Peak..kalo x silap aku lebih kurang jam 11 pagi.
Berehat selama lebih kurang 20-30 minit kami meneruskan perjalanan menuju twin peak lebih kurang 200 meter perjalanan (menurut ketua kontinjen kami Ayoi Roy). Apa yang aku perhatikan, semakin tinggi kami berjalan, semakin indah landskap di dalam hutan tu, Subhanallah sungguh indah ciptaan Illahi, batu-batu kecil yang sungguh unik & rumput lumut yang seolah2 seperti permaidani hijau memukau pandangan mataku. Pesan orang2 tua tempat yang cantik tu ada penjaganya. Wallahualam aku pun x tau sejauh mana kebenarannya. Walau bagaimana pun kalo ada, mereka juga makhluk Allah swt…kita Cuma perlu berhati2 & menjaga tingkahlaku agar tidak tersilap langkah.
Setelah meluangkan masa lebih kurang 1 jam, kalo x silap aku dalam jam 1 petang kami mula bergerak turun dan Alhamdulillah selamat sampai di tempat permulaan kami awal pagi tadi pada jam 5.15 petang.  Setelah menyucikan badan kami bertolak pulang dan selamat sampai di Putrajaya jam 1.00 pagi.
Kesimpulannya: trip kali ni mengambil masa yang lama, meletihkan tapi sangat menyeronokkan. Bersama-sama ini aku sisipan beberapa keping gambar buat tatapan mata yang sudi (Tu pun aku cilok, kikiki). I/allah kalo ada umur yang panjang akan ku ulangi perjalanan di Pine Hill suatu hari nanti J

Bersama Geng "Bersih" Yang Kurang Bersih...Masyamm..

Rest Jap....

Ummphhh...dah sampai...Twin Peak

Eh eh...

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan