Selasa, 24 Disember 2013

Aku & Super Star Libra **Sweet November**

Assalamualaikum..just nk tulis a few things about may experience with Super Start Libra (SSL).

Fakta:

- Kos kerugian: RM 1*** (dirahsiakan sbb kalo org tu baca dia akan ckp baik beli baju kawen jerr...ehehee)
- Tarikh: 3 - 6 November 2013
- Kekuatan rombongan: 1 bas persiaran yg terdiri daripada famili BSN
- Tempat persinggahan: Krabi & Phuket

Ringkasan Perjalanan:

2 November 2013
- Lebih kurang jam 12.00 malam bertolak dari Ibu Pejabat BSN Jalan Ampang dengan menaiki bas persiaran ke Pulau Pinang.

3 November 2013
- Subuh-subuh dh sampai di Pulau Pinang
- Kol 12 tengahari selamat check-in dalam perut SSL. 1st time tengok..mak aii besau nya..tetiba teringat citer Pisau Cukur lakonan Maya Karin & Fazura. Begitu la rupanya.
- Start belayar, 1st night kt dalam SSL

4 November 2013
- Jam 11 pagi krew release semua penumpang untuk singgah di Krabi.
- Bersiar-siar di Krabi sekejap sbb kol 4 dah kna balik ke SSL semula.
- Malam ada dinner ngan kapten kapal.

5 November 2013
- SSL singgah di Phuket, Thailand. Kali ni bole bersiar-siar lama ckit sampai jam 10 malam.
- Kali ke-2 jugak aku berkunjung ke sini. Tiada apa yg berubah..sama jerr..or myb aku x prasan perubahan tu.
- Bersiar-siar di sekitar Phuket with my sis & her frenz

6 November 2013
- Jam 12 tengahari slamat mendarat di pelabuhan Port Sweetenham, Penang.
- Bas dah tunggu untuk balik KL

Nota:
- Kebanyakkan makanan yang disediakan di dalam SSL adalah halal & telah mendapat pengesahan halal. Ketua Chef juga adalah orang melayu. Kalo x silap nama dia Chef Saiful
- Tetamu SSL dibekalkan dengan sekeping kad ID di mana kad tersebut bertindak sebagai kunci bilik & juga kredit kad. Dengan kata lain sekiranya anda ingin membuat pembelian cenderahati atau sebagainya, boleh sweep kad tu. Tiada urusniaga tunai dilakukan semasa pelayaran. Pembayaran adalah semasa check out.

And sedikit gambar dari kamera hp aku. Tak banyak yg aku snap. Kebanyakkan picture dalam kamera yg hebat kepunyaan my sis (wekk...kehkehkeh)

Ni la kad yang aku maksukan tu..So kna jaga betul2 kad ni

SSL

Kabin kitorang

Suasana dalam kapal (Nota: Sila abaikan model tu..hihi)

Di antara show di Star Dust

Para penonton..ibu-ibu, bapak-bapak..hihi

Haaa...ni la satu2 gambar yg ada dalam HP aku


Isnin, 23 Disember 2013

Review SKT & Majlis Ramah Mesra BMP 2013

Assalamualaikum. Dah lama rasanya tidak menjenggah ke sini. Bizi dgn tugas harian aktiviti hujung minggu memaksa aku utk melupakan blog buat seketika walau pun banyak perkara yg perlu disuratkan di sini untuk tatapan & ingatan aku sendiri atau pun dengan bahasa yg mudah utk dijadikan kenang-kenangan. Hanya tajuk entry sahaja yang mampu di create, berderet-deretlah tajuk entry dalam post list aku yg semua berstatus 'draft'. I/Allah akan aku laksanakan jua suatu hari nanti. Untuk permulaan, ingin aku update cerita yang masih panas ini. Ianya bukanlah citer artis malaysia yg penuh dgn kontroversi tetapi kisah hujung minggu aku dgn warga BMP pada 20-22 Dis 2013 yang lalu. Sempena mendapat Pengarah Bahagian yang baru, Jabatan memberi keistimewaan kepada BMP untuk mengadakan review SKT di luar Jabatan. Kalau diikutkan, Jabatan tidak memberi kelulusan untuk mana-mana Bahagian sebagai langkah penjimatan kewangan. Seingat aku kali terakhir majlis seperti ini dibuat adalah pada tahun 2009 iaitu tahun pertama aku di Jabatan. Review SKT di Hotel Summit Subang Jaya berlangsung selama 2 hari. Antara aktiviti yang dijalankan ialah review SKT 2013, perancangan aktiviti 2014, mesyuarat bahagian dan tidak lupa sedikit acara ramah mesra warga BMP. Semua aktiviti berjalan lancar dengan jayanya. Dengan ini aku sisipan beberapa keping gambar untuk tatapan mata-mata comel yg sudi. Tata S



3 gambar: Sesi Perbincangan Kumpulan

Pembentangan Kumpulan Inovasi

Tukang jaga slide..hihi
Majlis Ramah Mesra BMP
1st person yang bertuah :)


2 gambar: Family BMP
o

Selasa, 26 Mac 2013

Citer aritu...23 & 24 Mac 2013

Assalamualaikum...sekadar ingin mengingatkan kembali xtvt tiga suku aku wt my fren forever...hhaaahaa..

23 Mac 2013  (Sat)

Bangun seawal jam 7 am..bagi aku time tu mmg awl bila kita dlm mood cuti wajib tuk pompuan...spttnya aku pegi ke program jalanraya bersama pu3 kt p9...tp ntah la...tetiba plak rasa malas nk attend prog kali ni...so aku dok pejam celik pejam celik dlm timbunan kain...skali-skala aku capai jugak baju 2 3 helai utk dilipat, sambil membebel banyak jugak bulu kucing yg mlekat kt baju...hihi..terawang-awangan ada sms dr iron din mgajak g lubok petai ngan ayoi si tangan berapi...so tanpa pikir panjang trs jer aku stuju nk follow...so aku cpt2 mndi & kemas apa yg ptt...din ckp nk btolak kul 3 pm..jadi elok bebonar la sbb aku leh tgk wayang dulu ngan mr.A..dlm pada aku dok bersiap2 ttiba dpt sms dr CY...huhu...kena paksa g prog langkah ceria as a volunteer.."WAWA DH KASI NAMA...U MUST GO..KUL 4PG DEPAN PPJ" aiyakk tu msg nyerr...camno ni camno ni..so terpaksa la cancelkan projek lubok potai..sib baik dorang ok...sbgai punishment kena blanja dorang makan kt subway...mr.A yg lanjaer..haha..Sambil lepak2 ngan dorang tetiba plak mr.A wat hal...ajak naik broga..training katanya..haha...ngan sluar jeans?? OMG...xpaham aku...kiki..pikir pye pikir...bincang pye bincang, so we decide pegi broga...kami sampai dh lewat around 5.30 start hiking...santai2 sambil membebel..ptg x ramai org...boleh kira ngan jari..oleh kerana projek santai, we all just hike kt 1st summit jerr..lepak ngn ngumpat ckit smbil menikmati angin sepoi2 xreti bahasa...hampir dkt magrib turun sbb hujan dh menitik2..otw balik singgah kt Sup Power...& aku smpai umh dlm 10 mlm..harus tido awl coz nk bertugas jam 4 pagi esoknya...Nak dijadikan citer, baru jer nk terlelap, mySis ajak plak g Concorde Inn...nk amik tiket F1 katanya...huhu sampai umah dh dah jam 12.00 malam...mndi & call mr.A..kul 12.30 mlm br tido...Zzzz...

24 Mac 2013 (Sun)

zzzZ...rasanya br jer terlelap...tetiba hp bunyi...mr.A call rupanya..kejut bangun..ermmm...terpaksa la bangun...bersiap2..kul 3.45 pagi ana sampai...kul 4 pagi aku dh ada kt depan PPj...report utk duty aritu..ermm..start duty dr jam 6 pagi & tamat 12 tengahari...balik rumah ngan ana & plan nk tido..penat sgt..tp my cat plak wat hal, beby & lulu wat hal...muntah kt lantai...haisshh spoil betul...so terpaksa bersihkan muntah & bersihkan jugak dia pye bahan kumbahan kt pasir tu..ermm...dpt sms lg dr CY...nk g tgk F1 katanya...hallamak...huhu...nk tidooo...xjadik plak..so kuar makan ngan mr.A smbil tggu CY abes keje & after that mr.A anta pegi Sepang..So tercapai jugak la CY nk tgk F1 hihi...CY & me jenjalan kt saner sambil ditemani oleh Achik Memey..hahaa...dengan bantuan Achik Memey jugak kitorang leh tgk konsert Gun N Roses..Tq Achik Memey...hihi...So, ending aritu aku sampi umh jam 11 malam...x sabar rasanya nk tidooOO...huhu..zzzZZzz (",)



We R Miss V...V 4 Volunteer...not 4 other part...hahahaa...4 am in de morning

Ehehe...

Tu diaa...

enjoy de concert pistol & bunga...hihi

F1 mineral water...bukti...bukti..

Hahhaaa...ini buktinya..

1st time smpai sini...so amik gambar yg sama bebanyak..kiki

Best ker..??

Pandangan dr blakang...ermm...lemak...hihi

Isnin, 25 Mac 2013

Billy & Syim's Big Day

Assalamualaikum...dh lme nk tulis tp keadaan x mengizinkan dek kebizian kerja2 hakiki as a statistician..Nukian ini adalah untuk menceritakan kehadiran paddlers ke majlis pernikahan & persandingan sahabat kitorang; lovely couple Billy & Syims. Tak banyak yang aku boleh ceritakan kerana aku sendiri hampir hilang ingatan psl majlis resepsi dorang coz majlis ini pun hampir 3 bulan berlalu..date dia aku x ingt tapi majlisnya dalam bulan Jan 2013. Tapi apa  yang aku ingat, pada hari persandingan dorang (sebelah pengantin pompuan di Sri Gombak) ada perarakan golongan yang bagi aku "kurang bersih pemikirannya" menyebabkan ada beberapa jalan yang mengalami kesesakan. So aku rasa x payah la aku nk "eleborate"kan pasal dorang tu hihi..

Citer pd hari kejadian, paddlers yg join rombongan ke majlis dorang berkumpul kt umah Amoi kt P8, jji kul 12 tengahari tp aku pulak yg terlambat hampir stengah jam, gara2 terlambat bangun & bertungkus lumus siapkan manik tuk baju kenduri dorang..hahaa...Pada hari kejadian juga, kami all de gurls suppose to iring pengantin masuk dewan, almaklumlah semua gurls dah pakai baju sedondong, tapi dah xde rezeki all de gurls nk glamer time tu, pengantin terpaksa masuk dewan tanpa iringan coz kami semua tersesat jalan. Walau bagaimanapun alhamdulillah majils dorang berjalan dengan lancar, makan pun sodap, pengantin pun sporting jer layan kami bergambar kt pelamin...So, aku attachkan a few picture paddlers with Billy & Syim..Kami semua doakan smoga anda berdua bahagia dunia akhirat...amin (",)


Haaa...ini la pengantinnya...


Paddlers with bride...kiki


Ini pengantin kt meja makan...kaco dia dulu...hihi


Gurls with bride :)


Haaa...comeykan kitorang...muahmuah


Eh eh..hihi


Alaarrr..malu la sayerr...so sweet ;)

Jumaat, 4 Januari 2013

Kayuhan Terakhir 2012

Aku ingat last games yg aku akan kayuh adalah time g Makassar aritu, rupanya tidak...still ada lg pluang utk kayuh sebelum tahun 2012 berakhir. Ianya bukanlah seperti yang dirancang. Kehadiranku adalah sebagai peneman sygku Amoi Nara yang dijemput bermain bersama PDRM bagi kejohanan perahu panjang di Sungai Melaka pada 30 Disember 2012. Aku sendiri tidak dimaklumkan oleh team tersebut utk turut menjadi paddler kerana setahu aku hanya seorang sahaja paddler diperlukan untuk mengisi kekosongan team wanita. Dimaklumkan bila dah sampai di Melaka, nasib baik aku sedia membawa pakaian yang sesuai konon-kononnya bajet nk swimming (masa tu ingat team akan stay kt hotel...hihi). Bila dah tau dapat main sama PDRM, rasa ragu2 jugak coz risau bila nk main dgn team yang hebat ini...nk kna perform sehabis baik, kena buktikan bahawa kita juga bahawa paddler PPC ni bukan calang2 orang.

Tiba hari yang dinantikan, aku bangun seawal 5 pagi coz xmo berebut2 bilik air ngan paddler lain. Lagipun, semua team perlu berada dilokasi pertandingan selewat2nya jam 7.30 pagi. Pertandingan dimulakan dengan kategori Men 12, Mix 12 dan Women 12..jadi giliran wanita nk kayuh tu kira lambat cikit laa...tambahan pula hanya 2 team sahaja yang dilepaskan bagi setiap hits..(pengadilan pemenang setiap round adalah berdasarkan masa terbaik). Setiap kali nk games, mmg dah jadi habits aku akan ke toilet 2 3 kali...nervous..daripada games di Tganu, Putrajaya, Makassar hinggalah ke Melaka.

Pertandingan hari tu berjalan lancar, tiada insiden2 yang tidak diingini berlaku...cuaca juga sangat baik, tidak terlalu panas...suam2 kuku jerrr...PDRM berjaya membawa pulang 2 emas & 1 perak; juara kategori men & women, naib juara kategori mixed...juara bagi kategori mixed di bolot oleh MMU..Congrats semua...walau bagaimanapun apa yang lebih bermakna, Momoi berjaya membawa balik 1 paddle bagi acara cabutan bertuah..aku pula dapat pengalaman bermain ngan team ni, kebetulan kan..kiki ('',)


We Wuz Here ;)

Rabu, 2 Januari 2013

Permulaan 2013 Yang Kosong

2012 dah berlalu pegi..sayu rasanya...2013 pula menjenggah...bermakna setahun umur meningkat...tapi aku masih lagi macam ni...tiada azam baru aku sematkan...ntah knp ntah...31 dec 2012 aku seperti sedikit badmood...banyak diam & melayan perasaan...plan nk g hiking x menjadi...tengah pikir apa yg perlu aku lakukan utk sambut tahun baru...kalo tahun lepas aku dilangkawi & tahun2 sebelumnya aku & rakan2 akan keluar menikmati panorama new year tapi tidak untuk tahun ini. Hilang mood utk berhibur...pelawaan rakan utk bersama-sama menikmati bunga api & konsert di Putrajaya aku tolak, aku rela memilih utk lepak dirumah Fila di Kuala Lumpur...lepak bersama rakan2nya yang aku x kenali.. Lepak & makan bbq & steamboat bersama2...di sana aku banyak berdiam diri, memerhati karenah diorang, sangat hepi pada diorang tapi bagi aku suasana itu cukup hambar...fikiran & jiwa aku kosong...damm!!
Jam 11 malam aku masuk tidur, dgn alasan badan aku sakit coz games aritu...aku off hp dgn harapan dapat tido dgn lena...tiada ucapan slamat tahun baru yang aku harapkan & aku juga x memberi ucapan kt sesapa pun. Jam 4.30 pagi aku terjaga dari lena..on hp..reply sms2 yg masuk...ermmm sambung tidoo lagi..
Jam 11 pagi..lepak bersama dorang...Fila cakap nk balik Putrajaya jam 1.30 ptg..lambat lg..tgk tv drama melayu...ada 1 ayat dlm skrip drama tu."orang yang baik Allah sayang & Allah akan ambil balik"..menitis air mata, tringat arwah adik...umur 14 tahun Allah ambik balik...Allah pinjamkan kejap jer kt kami, dah 5 tahun berlalu..masuk bilik, aku menangis lagi sehingga tertido..Jam 1.20 petang Shida kejut aku untuk balik Putrajaya..Jam 2.00 petang dh sampai Putrajaya, aku x balik umh terus...amik keta & trs ke Keramat...tmpt biasa..perut harus diisi...makan & lepak disana, seorang diri...lepak dgn tiada tujuan sambil menunggu orang itu...jam 6.00 petang masih disitu, orang itu tidak muncul, mayb busy dirumah...salah aku juga tidak maklum sblm tu...6.30 ptg aku bergerak pulang...pulang dgn jiwa yang kosong juga...Magrib baru sampai umh...msuk umah trs berkurung dalam bilik tanpa bertegur sapa ngn hsemate aku...mayb dia terasa kot ngan aku...ermm ntah laa...bonggok jugak aku nih...bangun pagi ni, alhamdulillah mood dah kembali ok..masuk kerja dengan jiwa yang sedikit tenang...Amin