Jumaat, 15 Jun 2012

Hari Keluarga JPM 2012

Hari Keluarga Jabatan Perdana Menteri 2012 muncul lagi...i/allah akan berlangsung pada 23 dan 24 Jun 2012...Tujuan diadakan adalah untuk merapatkan ikatan di antara agensi2 di bawah JPM. Untuk makluman, di bawah JPM terdapat 9 suruhanjaya, 5 agensi pusat, 46 jabatan & agensi serta 5 badan berkanun. Untuk lebih info boleh merujuk kepada link http://www.jpm.gov.my/post/modules/main/index.php .

Tetamu kehormat yang akan hadir pada hari keluarga JPM ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop. Di antara pengisian aktiviti utama pada hari tersebut adalah Kejohanan Dragon Boat dan lain-lain aktiviti adalah pertandingan fotografi, senamrobik, sukaneka, persembahan APMM dan sebagainya. Tema Hari Keluarga JPM pada tahun ini ialah "1 JPM: Cergas & Ceria Tingkat Produktiviti". Di bawah ini dilampirkan poster Hari Keluarga JPM 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan