Isnin, 26 Mac 2012

Al-Kisahnya...Nape Aku EL...

Last week aku terpaksa EL 2 days..mmg la niat xnk la wat keje2 EL ni coz akan menunjukkan 1 rekod yg x baik bila dah ujung2 taun nnt...time tuh tetiba jer kuar summary xtvt sepanjang tahun...br ari MC, brp ari EL, brp ari TIME OFF, brp ari lewat tp brp ari dtg awal xde k, & macam2 la...

Al-kisahnya 16 Mac 2012 (Jumaat) aku dpt sms dr kakak aku yg myatakan nenek aku dmm lg..xmkn...xminum...so tindakan aku adalah cuba bersabar & x pikir sgt coz kalo dh dmm mmg la dh x lalu nk mkn & minum...kebizian dgn famili day parlimen putrajaya & majlis pelancaran jentera pilihanraya buat aku lupa jap...

19 Mac 2012 (Isnin) dpt sms lg from my sis ajak balik kg dis friday (23 Mac 2012)..,katanya nenek aku makin teruk...risau jerr...aku trs call mak aku..tnya pendapat mak kita dulu...mak ckp better balik la...nnt kalo dh meninggal x guna balik dah...kalu nk jumpa baik la time nenek masih idup...errmmm terdiam aku seketika...byk nk kna pk...bkn nk sellfish tp mgenangkan 24 Mac 2012 (Sabtu) aku ada games dragon boat sempena Sukan Air 2012 mybbkan aku pikir & trs pikir...kalo nk balik after games pn x bley gak, 28-31 Mac 2012 ada plak games kt Kedah iaitu Temasya Sukan Air kt Tg. Chali...so nk xnk terpaksa la aku EL pd 22 & 23 Mac 2012..gigih nk balik kg, after training laju jer aku p beli tiket bas pegi & balik Kelantan...tiket bas skrg pun dh mahal pegi balik dh RM 90.20..duit pun tinggal balance2 gaji aritu...maklum la dh ujung2 bln menghitung ari nk gaji jer..

21 Mac 2012 (Rabu) jam 11 malam ++ aku balik kampung tp bkn naik bas tp balik ngan akak & adik aku..tetiba jer dorang ni nk balik same date ngan aku..huhu rugi duit tiket bas RM 45.10...kan senang kalo korang decide awal...xpe la dh xde rzeki..

22 Mac 2012 (Khamis) sampai kampung..balik umah mak aku dulu...mandi & trs pegi umh nenek nk tgk dia...

23 Mac 2012 (Jumaat) 9.30 mlm balik ngan bas ke Putrajaya...perjalanan ngan bas wat kepala aku pening

24 Mac 2012 (Sabtu) 6.30 pagi sampai di Putrajaya...7.30 pagi trs ke Pusat Maritim untuk games Sukan Air Putrajaya 2012...kalo nk tau citer psl games nnt bc entry seterusnya k...tata.. 


Ni la nenek aku...Smoga perjalanan idup dunia & akhiratnya berjalan lancar...amin

Aku Sayang Kambing

hihi...tetiba jer tringat kt kambing bila baca story kt paper SH nih http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/terperangkap-di-beting-pasir-1.35139 ...cian kambing2 tuh...mst korang tertanya2 nape aku syg kambing...kalo peratikan betul2 muka kambing tu sgt comel & manja kan?..tingat dulu zaman persekolahan...dulu aku tggl ngan nenek aku...ye la umh nenek dkt ngan skolah, so sng la aku ulang alik pegi balik skolah jln kaki 5 minit jerrr...ok berbalik smula pd citer kambing aku nih..ms dok umh nenek, tugas rutin aku pd belah ptg (time2 nk magrib) adalah bwk masuk kambing2 nenek aku tu utk ditambat bwh rumah, jd bwh rumah nenek aku tu adalah kandang dorang laarrr...biasa la umh kt kampungkan tinggi2 & bertiang...nk tambat pun bkn main tambat jer & perlu ada teknik supaya dorang x terbelit sesama sendiri...bulih mati kalo terbelit...rugi tuh..kalo jual maunya cecah RM 300 (rate semasa pd zaman tu)...aku jaga kambing2 tu ngan penuh kasih syg...kalo wekend jer aku la yg bwk dorang tambat kt pdg...so kt situ pandai2 la dorang bekfes & lunch sendiri...air dorang x minum sgt...ye la takut air tp w/pon x minum air xde plak aku tgk kambing tu tkena sembelit..kiki...nk tambat pun kna make sure tambat tul2..xnak terlepas & dorang p serang tanaman kebun org or p mkn pokok2 bunga kt kawasan skolah...bulih jd gaduh plak ngan jiran2 skitar...skg ni semuanya dh tggl kenangan..aku pun dh kja jauh di Putrajaya..nenek aku pun dh x mampu nk bela kambing, dh tua sangat dah...so tu la citer kambing aku..aku rs write-up aku ngan tajuk tu mmg x kna tp xpe laaa...layan sajerrr....mmmbeekkkkk...!!!

ni la kisah kambing kt SH mybbkan aku tingat zaman kambing aku dulu...kiki
Comeykan..SENYUM KAMBING...olololo... (Sumber: gugel)


eh eh eh...main sjelir2 plak en.Kambink nih...kiki..(Sumber: gugel)


Wekeng Yang Bizi Lagi...(17~18 Mac 2012)

Assalamualaikum...

Minggu ni aku bz lg...mmg asyik bz jerr...haishh statement cam YB plak...biasa la kalo kita idup dlm komuniti ni, tenaga kita sentiasa di perlukan oleh masyarakat...Meh la aku nk citer ckit psl xtvt aki minggu nih...

Hari Keluarga Parlimen Putrajaya 2012
17 Mac 2012 (Sabtu)

   Pada hari ni berlangsungnya Hari Keluarga Parlimen Putrajaya 2012 (HKPP 2012) bertempat di Taman Pancarona, Presint 18. Acara bermula seawal jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. HKPP 2012 ini telah dirasmikan oleh Dato' Seri Tengku Adnan. Alhamdulillah kami geng2 puteri telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga meja pendaftaran. Nampak cam senang jer coz kejenya bagikan baju, cap & mug kpd semua peserta..tapi pening jugak la nk mlayan org ramai time depa nk dapatkan saiz bj yg sesuai...redha je laa..diorg pun myb nk yg terbaik jugak...Byk acara pertandingan telah disediakan oleh pihak penganjur utk semua peserta...nk citer pun aku xtau acara apa coz time nih aku telah ditugaskan menguruskan urusan lain..(tapi kejap jer la). Yg aku ingat ada acara terompah gergasi, menganyam ketupat, mewarna tuk kanak2...x dilupakan golongan OKU & kanak2 istimewa...pendek kata HKPP 2012 diserikan dengan pelbagai golongan masyarakat.
   Bagi mereka yg hadir pada hari tersebut juga x perlu risau soal makan kerana pihak penganjur telah myediakan makanan pagi, tengahari & petang utuk semua org pada hari tersebut. Acara yg paling ditunggu2 adalah acara cabutan bertuah yg meyediakan hadiah yg sangat lumayan..antaranya adalah 2 buah ipad, 2 biji mesin basuh, 8 biji tv LCD, h/pon, dvd player, home teater, set karaoke, hamper & brgan elektrik lain yg kesemuanya berjumlah 500 item. Disini aku selitkan 3 keping gambar yg aku copy from blog UMNO Putrajaya...kalo korang nk tgk lebih bole la tgk kt link ni http://www.umnoputrajaya.com.my/wordpress/?p=3533 


Suasana HKPP 2012 di Presint 18


Congrats...menang i-pad la derr...jeles aku...

Alhamdulillah...ni la pemenang pakej umrah...syukur dpt jd tetamu Allah...


Majlis Perasmian Jentera Pilihanraya
18 Mac 2012 (Ahad)

Pada arini kami wakil2 dari UMNO Putrajaya yg terdiri daripada Puteri, Wanita & Pemuda berkumpul seawal jam 7.00 pagi untuk bersama2 ke Majlis Perasmian Jentera Pilihanraya 2012. Majlis tersebut berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur mengumpulkan semua bala tentera 4 penjuru UMNO Wilayah Persekutuan.

Majlis tersebut berlangsung dgn jayanya dengan dirasmikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) iaitu Pengerusi badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Ianya juga dihadiri oleh VIP2 lain antaranya Menteri WP dan Kesejahteraan Bandar Dato' Raja Nong Chik, Setiausaha Agung UMNO iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Semasa perasmian TSMY telah menyampaikan amanat2 penting kepada semua hadirin dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional...i/allah...mudah2an segalanya berjalan lancar..Mohon maaf gambar semasa majlis perasmian tersebut tiada dlm simpanan aku tapi aku letakkan jugak gambar lama semasa Konvensyen Barisan Nasional 2011 Berjaya Times Square tahun lepas sebagai penyeri...tata...

Rabu, 21 Mac 2012

‘Abang sayang ayang sampai mati’ - Melaka & NS - Sinar Harian

Assalamualaikum...12.07 pm...syok jer aku menggugel & sambil layan lagu hindustan...bkn xde keje tp arini dpt assignment daripada bos suh gugel psl program SAS..korang tau x apebende tuh..?? Ianya adalah salah satu program utk mengira saiz sample tuk survey setiap pertubuhan...mmg la trsangat teknikal...xyah pk k, nnt pening plak kepala tu...sesambil tu sempat gak tgn aku cilok2 tgk kt paper online...tetiba jer aku nampak stori kt Sinar Harian, tajuknya dh cukup menusuk kalbu..spt kt bawah :
‘Abang sayang ayang sampai mati’ - Melaka & NS - Sinar Harian Sambil aku bc aku terfikir, ada ke x org yg akan sayang aku mcm tu..& terfikir jugak aku, bole ker aku sayang org sampai aku mati...time tgk citer hindustan myb bole kot tp kalo dlm realiti kehidupan sebenar x tau laaa..nauzubillah...berdoa jugak aku moga2 bertemu jodoh yg bahagia di dunia hingga ke akhir hayat & bersambung jugak ke akhirat...wallahualam...




Rabu, 14 Mac 2012

Info: Beza Marjerin & Mentega

Assalamualaikum...sedang aku menggodek2 emel lama dlm inbox yahoo.aku tetiba terjumpa emel berkenaan perbezaan marjerin & mentega...meh la baca...moga2 boleh jadi panduan sihat tuk kita  semua...

Marjerin pada asalnyaadalah bahan yang dihasikan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia mybbkan kematian haiwan tersebut, para pelabur yg melaburkan wang dlm kajian itu mahukan wang mereka semula lalu mencari alternatif apa yang boleh di buat dgn bhn tersebut bagi mendapatkan semula wang pelaburan mereka.
  
   Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yg x m'yelerakan lalu mereka tambahkan pewarna kuning dan dijual kpd org ramai sebagai ganti mentega. Suka x??? Mereka dgn liciknya telah m'hasilkan marjerin dgn pelbagai perasa baru.


TAHUKAH ANDA...Perbezaan Antara Marjerin & Mentega

  • Kedua2nya mpy kalori yg sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya iaitu sebanyak 8 gram berbanding 5 gram ada marjerin. Menurut kajian perubatan Harvard dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung kpd wanita sebyk 53% berbanding mengambil mentega dlm jumlah yg sama. 
  • Pengambilan mentega meningkatkan penyerapan byk nutrien lain dlm makanan.
  • Mentega mpy byk faedah nutrisi berbanding marjerin krn ianya makanan tambah nilai.
  • Mentega lebih enak berbanding marjerin & ianya boleh menaikkan rs makanan lain.
  • Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad lamanya sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.
  • Marjerin sgt tinggi kandungan asid lemak trans, meningkatkan risiko pyakit jantung koronari sbyk 3x ganda.
  • Meningkatkan kolestrol total serta LDL (kolestrol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolestrol bagus).
  • Marjerin menaikkan risiko penyakit barah selama 5x ganda.
  • Marjerin mengurangakan jumlah susu badan. Ianya juga merendahkan respon pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin s/jadi badan.
DAN...Apa Yang Menarik...
  •  Marjerin hanya kekurangan 1 Molekul utk menjadi PLASTIK.
  • Anda boleh mencuba ujikaji ini: Letakkan 1 mangkuk marjerin dlm garaj @ tmpt teduh...dlm masa 2 hari anda akan dapati perkara berikut:
a) Tiada lalat yg menghurung.



b) Ianya x membusuk/ bertukar baunya krn ia ia tiada nilai2 nutrisi; tiada apa yg tumbuh di atasnya w/pun mikroorganisma. Kenapa??? Kerana ianya sgt menghampiri kpd plastik.


MAHUKAH ANDA LEBURKAN TUPPERWARE & SAPUKAN KE ATAS ROTI ANDA???

So, camner...dah baca...sebar2kan lah info ini...Jumpa lg & selamat beramal..!!

(bila aku gugel semula rupanya artikel from emel aku tu diambil dari http://izzu.blogspot.com/2006/06/beza-antara-mentega-dan-marjerin.html - mohon ampun yer pemilik blog, mintak halal)

Selasa, 13 Mac 2012

Hikayat Pulau Tioman

Assalam...

Tetiba jer tringat nk tau pasal sejarah pulau tioman...ye la kalo pulau langkawi terkenal dengan lagenda Mahsurinya...mst pulau2 lain ada sejarah tersendiri...dengan gigihnya aku pun mengugel la psl ni...then tetiba terjumpa plak blog ni http://ilovepahang.blogspot.com/ korang bole jer baca kt sini tp aku pun nk citer gak secara ringkasnya...

citer pertama

Ilustrasi yg di gugel dr internet. aku pu x penah tgk yg sebenar..kiki
konon2nya menurut crita org tuan2 pulau tioman ni wujud daripada seekor naga. pada zaman dahulu ada sepasang naga jantan & naga betina (dikatakan suami ister) tinggal kat tasik cini. pada suatu hari hujan turun dengan lebatnya & tanpa henti2 kt tasik tu hinggakan pada waktu malam naga2 tu dah x tau mana sempadan tasik..ini mybbkan pasangan naga tu hanyut ke hilir sg.pahang & sampai kt laut cina selatan. setelah berapa lama berenang di laut tetiba naga betina tringat yang dia terlupa untuk membawa kain cindainya & dia pun berpatah balik ke tempat asalnya di tasik cini. di menyuruh si naga jantan menunggu di situ sehingga dia kembali.

si naga jantan pun tunggu la si naga betina kt situ...stlah lama menunggu si naga betina x muncul2...jadi si naga jantan pun ambil keputusan utk meneruskan perjalanan ke selatan tanpa si naga betina.

apabila si naga betina berpatah balik smula ke tempay yg dijanjikan, di dapati suaminya itu telah tiada...maka dia berusaha untuk mencari suaminya itu. ketika dia berenang berdekatan  sebuah pulau yg sekarang ini dikenali sebagai Bukit Datuk dekat Juara kain cindainya tersangku pada batu. dia berusaha untuk melepaskan diri tetapi memandangkan hari hampir siang dan mematuhi resam naga, beliau mengambil keputusan utk menetap di situ & tidak berhajat untuk mencari suaminya yg hilang, lama kelamaan si naga betina itu bertukar menjadi pulau yang dikenali sebagai pulau tioman.

si naga jantan juga bertukar menjadi pulau yang dikenali sebagai pulau daik.

citer ke-2

di pulau tersebut ada ada seorg tua yg x mpy pekerjaan selain bermain dgn burung tiung peliharaannya. beliau sgt mnyayangi burung itu tambahan pula burung tersebut mpy suara yg sangat merdu & boleh menutur beberapa patah perkataan sehingga menjadi kesukaan penduduk kampung.

Sumber: Gugel Burung tiung
pada suatu hari org tua tersebut telah kehilangan burungnya..& seperti biasa apabila org kampung datang ke rumah untuk mendengar suara burung tiung. apabila melihat sangkarnya kosong, org kg bertanyakan kepada org tua tersebut di manakan burungnya...dengan sayunya dia menjawab "tiung man sudah mati". itulah jawapan yg sering dijawab apabila ada org bertanyakan mengenai burung tersebut."man" dalam loghat daerah bermaksud "saya"

sejak daripada itu pulau tersebut dikenali sebagai pulau tiomang. tiong adalah ejaan lama bagi tiung & tiomang diringkaskan menjadi tioman.

Tioman Island

Wallahualam sama ada crita2 di atas tu kisah benar atau pun x...walau bagaimanapun pulau tioman dah menjadi salah satu pulau pelancongan yg sangat cantik...

Isnin, 12 Mac 2012

Wekeng Yg Bizi...(10-11 Mac 2012)

   Assalamualaikum...arini aku dmm...bkn dmm denggi...dmm kencing tikus or dmm kura tp dmm biasa jerr...tp bg aku dh mmg truk sgt dh...maklum lah aku ni jenis yg jrg dpt pyakit dmm...dmm ckit jer pun aku dh mcm sayur basi yg x cukup garam...ermm..Aku tgh pk2 nakpe aku dmm?jangkit ngan sape?sape yg bwk virus tU? Ntah laa..aku pn xtau..myb aku penat sgt kot..kalo last wek aku bz menghabiskan masa bujang di GBM...minggu ni aku bz plak ngan xtvt soial bersama rakyat2 jelata...kiki...jom la ambil tau ckit apa yg aku wat minggu ni...


Sabtu (10 Mac 2012)
8.00 pagi ~ 2.00 ptg

BMP Team...Caiyokk...Memasing mata ke langit...Score tinggi ke bang??Kiki...
- Pepagi lg dh bgn, siap2 menuju ke The Mines Shopping Fair coz arini ada pertandingan boling Jabatan anjuran KSS...kalo ikutkan hati mmg la aku xnk g tp memandangkan dh jji nk g sokong aku kotakan jji aku tu...tambahan plak aku la org yg paling sibuk dok cari para pemain untuk mewakili bahagian, nk x nk kna laa tunjuk smangat perjuangan harmoni...keseluruhan games aritu berjalan lancar w/pun lane 27&28 spoil ckit...Keseluruhan BMP cuma dapat tmpt ke-4, xpe la xde rezeki...taun dpn try lg hokkay..!!tahniah kpd en, B, Mas, Wan, Liza, Pn. Manis & en. Mahat..anda semua mmg sporting...

9.00 mlm ~ 12.00 mlm

- Malam ni plak bersiap2 ke Presint 9, Fasa 4F untuk preparation Mini Karnival Puteri UMNO Putrajaya pada esok harinya..kt sini membizikan body tuk packing goodies bag tuk esk...prepare adiah2 nk kasi kt pengunjung & mcm2 lg yg sewaktu dgn nya...xcaya leh tgk gambar kt bawah sebagai buktinya...

Oittt..!! wat keje lerr...korang tgk tu dorang ni mmg suka amik gambar...tu tgk aku (tudung biru) rajin jerr...kiki...rugi saper x amik jadi menantu ;)

Ahad (11 Mac 2012)
7.30 pagi ~ 1.30 ptg

Banner Program aritu...
Time ni 7.30 pagi dh kuar umh..org dh mulai ramai...program pagi ni start ngan senamrobik dulu...tp aku xde la join tp intai2 jerr..bkn x minat tp takut ketiak basah nnt xslesa nk stay sampai ptg...Upacara perasmian dilaksanakan dengan jatanya oleh Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor..kt mini karnival ni mcm2 ada, ada pameran dari JPAM, Bomba, Jobs Street, MKN, KKM..pastu tuk dewasa lelaki ada pertandingan sepak takraw...tuk kaum ibu plak ada pertandingan gubahan sirih junjung...ada pertandingan mewarna, batu seremban, main congkak tuk anak2...banyak jugak la xtvt yg dibuat..mls nk tulis..tangan dah lenguh...yg ni mmg aku xde gambar...

2.30 ptg ~ 5.30 ptg

(Majis BR1M, Sumber: Gugel)
After lunch kt Teja aku & Shida lari plak ke Presint 11..kt sana ada majlis penyampaian voucher BR1M kt rakyat jelata Putrajaya yg layak..aku yg bujang ni mmg la x layak..mula2 mmg la nk g tgk2 jerr tp tetiba plak dilantik penulis voucher kt deme2 yg bertuah ni...sbnrnya bkn ssh sgt pun...kalo penerima nk tulis sndiri pun bole tp kalo ada silap tulis mmg bank akan reject...untuk lebih selamat baik la kami yg dilantik ni tulis, kalo salah tulis pun bole mintak initial datuk K trs..



Rakyat jelata yg setia & sabar menunggu giliran...tahniah2x!!
Kira ramai la yg beratur nk suh aku tulis...feeling artis plak..rs mcm org bratur nk mintak otograph..kiki...ms jd penulis voucher tu aku mmg eja satu2 & bukak mata bulat2 takut tersalah tulis...gigih aku untuk mengekalkan rekod tanpa salah tulis tetiba ada akak sorang ni sebuk plak nak salam ngan org sbelah..tup tup telanggor la tgn aku...dah salah...cehh phuii..angin aku kejap..errmm..tetiba ati jd sejuk bila ada org blaje kiki...

Rabu, 7 Mac 2012

Gunung Datuk....Again...!!

Layang-layang Didi Fandes terbang bebas di puncak GD
   Assalamualaikum...ni adalah sedikit story about xpdc kali ke-2 ke Gunung Datuk (GD)di Rembau, N9...secara ringkasnya adalah seperti berikut..smemangnya aku dh lupa perjalanan xpdc kali ni

17/2/2012 (Jumaat)

   Jam 9.00 mlm - semua dikehendaki berkumpul di restoran mamak single di presint 9 (kedai mamak berhampiran Dapur Mas)...masing2 bole ambil peluang utk mamam2 dulu..Peserta xpdc kali ni agak ramai..kalo x silap aki lebih krg 21 org...yg aku ingat Bro Azli, isteri beliau (Kak Eja), anak beliau (Kila), Ayoi, Amoi, BF Amoi, Hilmy Husin, Dya Stiletto, coach Sukri, Ana Notty Gurl, Che Yus, Zul Memey, Sandy Anne, Shila Dak Kechik, Serai, Didi Fandes...yg lain2 tu aku xknl sgt...kwn2 baru jumpa...Lebih kurang jam 10.30 mlm - bertolak ke Rembau..

18/2/2012 (Sabtu)


Rest & ambil gambar dulu...klik klik...

  








Lebih kurang jam 1.00 pagi...bergerak mendaki GD...perjalanan kali ni agak senang bagiku tapi x dpt dinafikan keletihannya...beruntung kali ni, pendakiannya agak santai kerana ada pendaki yang agak baru...beberapa kali kami ambil masa untuk berehat...Lebih kurang jam 4.30 pg, selamat sampai di tapak perkhemahan..

Mendaki tangga untuk naik ke puncak GD...sgt gayat...
   Jam 7.30 pagi - naik ke puncak tertinggi GD..kali ni tiada angin seperti 1st trip aritu & cuacanya agak panas...

   Jam 9.30 pagi - bergerak turun ke bawah & sampai di kaki gunung lebih kurang 10.45 pagi.

   Jam 1.00 ptg bertolak pulang ke Putrajaya...Alhamdulillah...




Me & Che Yus...


Amoi Nara, Sukri Wahab, Aku & Killa di puncak tertinggi GD



Bergerak turun dari puncak GD....

  
Turun dari GD...masing2 dah penat...

XPDC Orang Bujang Ke Gunung Bujang Melaka

2/3/2012 (Jumaat)
   Assalamualaikum...entry kali ni berkisar ttg xpdc tuk org bujang jerr...xyah nk caya sgt lerrr kiki...3-4 mac 2012 aritu aku follow 1 lg xpdc mendaki gunung kali ke-3 2012..lokasi kali ni adalah Gunung Bujang Melaka (GBM)..jgn konfius plak, gunung ni bkn kt mlaka tapi terletak di Kampar, Perak. Group kali ni adalah seramai 12 anggota terdiri drpd abg mat Tobleronemania Dee, Ayoi Roy, Hilmy Husin, abg Bukhari, Didi Fandees, Fadhil Arsyadi, Azua Wawa, Che Yus, SNdy Anne, Shila Dak Kecik, Izzah & aku...
   Agak menarik xpdc kali ni coz sblm bertolak ke sana kami berkumpul di Masjid Jamek di KL utk bersama-sama sukarelawan bagi membantu memberi makanan kpd homeless...sst telah aku pelajari disitu..bkn semua org bernasib baik tp syukur alhamdulillah ada yg prihatin...
   Setelah selesai semuanya, kami bertolak untuk menuju ke destinasi yang dihajati lebih kurang jam 12.00 tgh mlm...spjg perjalanan kami diiringi oleh air hujan yg membasahi bumi.. jadi para incik driver agak berhati2..tiada aksi2 rempit dijalanan...dlm bersuka ria keselamatan harus diutamakan..perjalanan hanya memakan masa lebih kurang 2 jam lebih...aku pun x pasti sangat jam berapa kami sampai diperkarangan masjid kampar...sedar2 dh sampai...ye la penumpang semuanya sleeping beauty kiki...

Di perkarangan Masjid Kampar- Sesi mengemas beg & membahagi2kan rations

3/3/2012 (Sabtu)
Trek mendaki yang melalui rumah orang asli
   Slps brekfast kami bertolak lebih krg jam 10.15 pagi...agak lmbt, tp xpe bak kata pepatah biar lambat asalkan slmat..tp sblm tu dh ada group lain yg telah bergerak naik ke sana.. utk ke kaki gunung kami terpaksa berjalan kaki..brp jauh tu aku xpasti tp yg pasti lebih 1km..pada permulaan trek agak santai coz perjalan melalui perkampungan org asli ditemani deruan air sungai yg jernih mengalir tenang, melalui kawasan kebun yg dipenuhi pokok durian..menurut cerita, kalau time tu musim durian kiranya rezeki para pendaki la tu..tp trip kali ni adalah diluar musim...w/bgmn pun sempat jgk kami rembat buah tampoi di spjg jln...utk memulai pendakian sebenar kami terpaksa melalui sbtg ank sungai..jadi kasut kompen2 la basah...nk x nk terpaksa la redha...trek gunung bujang ni santai di bwh tp bahagian atas adalah mmg sgt pacak, akar kayu yg berselirat, trek yg berlumpur & terdapat batu2 bsr. dlm perjalanan juga kelihatan flora2 yg x pernah dilihat, cendawan2 hutan, lipan yg bewarna oren, lintah bulan yg kelihatan seperti secebis perut ikan dsb.nya..


Pokok Tampoi


   Lebih kurang jam 3 ptg kami berjaya sampai di Kem Lebah..pd ketika itu dah ada 2 group pendaki yg mendirikan khemah disitu..mmg sesuai dgn namanya mmg terdapat byk lebah kelulut berterbangan. Para pendaki adalah digalakkan supaya menyidai pakaian basah jauh dari khemah untuk mengelakkan dihurung lebah..setelah selesai mendirikan khemah, memasing ambil peluang utk berehat & membersihkan badan...syukur alhamdulillah coz kem lebah ni dekat dgn punca air...jg senang la nk ulang-alik ambil air tuk masak nasi...oleh krn memasing dh lapor, menu segera petang tu adalah 5 bgks mee meggi utk 12 org & 4 cup bubur nasi segera selamat di hadamkan oleh perut semua org..agak tidak bernasib baik xpdc kali ni coz hujan membasahi tapak perkhemahan kami..khemah dimasuki air..jadi terpaksa redha dgn dugaan tersebut..tp yg bestnya menu mkn mlm adalah nasi arab berlaukkan kambing bakar...mmg heaven..alhamdulillah...lps mkn kami tidur dgn lena & x lena..bole ker camtu...xde la lena sgt coz tidur dlm hujan & terpaksa berhimpit2 tuk mengelakkan kesejukan...
4/3/2012 (Ahad)
Lipan Berwarna Oren
   Selamat pagi semua...bgn pagi jer kami bersiap2 utk mendaki ke puncak tertinggi GBM. Perjalanan mengambil masa selama 1jam lebih...Menuju ke puncak juga agak pacak tp yg bestnya dpt hirup udara segar dihutan spjg perjalanan..Trek ke puncak mmg lecak, myb disbbkan hujan pd waktu mlm tu..Sampai dipuncak kami x ambil masa yg lama tuk berada di atas tu krn cuaca mulai panas...selesai bergambar kami trs trn...tambahan pula masing2 dh lapar..tringat2 nasi lemak with ayam kampung goreng sambal kt bwh tu.


Ni la group xpdc org bujang ke GBM kali ni..

   Selesai brekfast...masing2 dh packing brg tuk trn...sampah sarap perlu di clearkan dahulu...tepat jam 3 ptg kami semua mula melangkah kaki utk trn ke bwh..trek yg pacak mybbkan kaki aku sakit..terpaksa berhati2 utk menggelakkan kecederaan...spjg perjalanan cme 2 kali jer aku brenti..bkn nk tunjuk hebat tp aku nk cepat sampai ke bwh sana...sampai ditmpt air terjun lebih krg jam 5 lebih...kelihatan jgk group lain yg terdahulu sampai di sana..ada yg mandi-manda, tangkap ikan, basuh kasut & mcm2 ada...
  Lebih krg jam 7 ptg kami bersiap2 tuk bergerak trn ke kaki gng..tp ada kejadian yg x diduga telah berlaku...jgn risau bkn ke atas group kami tp group yg lg 1 tu...ahli dlm group dorang blom sampai2 & masih kt atas sana sedangkan hari dh hampir mlm...atas sifat tanggungjawab sesama pendaki, tindakan resque perlu dilakukan oleh hero2 malaya group kami iaitu Ayoi Roy & Hilmy Husin bersama 3 org lg...mls aku nk crita pjg about dats resque...pnt nk recall balik hihi...summarynya: bdk pompuan tu injured di bahagian lutut, terpaksa dibwk trn menggunkan stretcher home made from 2 helai kain pelikat & batang pokok kt tepi2 tu...agak complicated nk bwk trn mangsa melalui jln berbukit tambahan pula pada waktu mlm...tp kalo niat kita betul nk tlg org i/allah akan dipermudahkan segalanya...alhamdulillah kami semua selamat sampai ke tanah rata... 
   Setelah membersihkan badan & mkn mlm (makanan di taja oleh mr.tn) tepat jam 11.45 mlm kali bertolak pulang ke Putrajaya)...aku sampai rumah jam 3.00 pagi..3.30 pagi aku tido..esknya aku g keje dlm keadaan sleepy...zzzz..tido kt opis kikiki...

 

3 dara bujang...GBM next top model kiki...batu besar sebelum sampai beirut...

Berkain batik aku gigih memanggang kambink tuk all de bujang....mcm mak2...kiki...

Pose dulu kt rumah persinggahan orang asli...


Melalui batang pokok yang tumbang