Isnin, 26 Mac 2012

Wekeng Yang Bizi Lagi...(17~18 Mac 2012)

Assalamualaikum...

Minggu ni aku bz lg...mmg asyik bz jerr...haishh statement cam YB plak...biasa la kalo kita idup dlm komuniti ni, tenaga kita sentiasa di perlukan oleh masyarakat...Meh la aku nk citer ckit psl xtvt aki minggu nih...

Hari Keluarga Parlimen Putrajaya 2012
17 Mac 2012 (Sabtu)

   Pada hari ni berlangsungnya Hari Keluarga Parlimen Putrajaya 2012 (HKPP 2012) bertempat di Taman Pancarona, Presint 18. Acara bermula seawal jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. HKPP 2012 ini telah dirasmikan oleh Dato' Seri Tengku Adnan. Alhamdulillah kami geng2 puteri telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga meja pendaftaran. Nampak cam senang jer coz kejenya bagikan baju, cap & mug kpd semua peserta..tapi pening jugak la nk mlayan org ramai time depa nk dapatkan saiz bj yg sesuai...redha je laa..diorg pun myb nk yg terbaik jugak...Byk acara pertandingan telah disediakan oleh pihak penganjur utk semua peserta...nk citer pun aku xtau acara apa coz time nih aku telah ditugaskan menguruskan urusan lain..(tapi kejap jer la). Yg aku ingat ada acara terompah gergasi, menganyam ketupat, mewarna tuk kanak2...x dilupakan golongan OKU & kanak2 istimewa...pendek kata HKPP 2012 diserikan dengan pelbagai golongan masyarakat.
   Bagi mereka yg hadir pada hari tersebut juga x perlu risau soal makan kerana pihak penganjur telah myediakan makanan pagi, tengahari & petang utuk semua org pada hari tersebut. Acara yg paling ditunggu2 adalah acara cabutan bertuah yg meyediakan hadiah yg sangat lumayan..antaranya adalah 2 buah ipad, 2 biji mesin basuh, 8 biji tv LCD, h/pon, dvd player, home teater, set karaoke, hamper & brgan elektrik lain yg kesemuanya berjumlah 500 item. Disini aku selitkan 3 keping gambar yg aku copy from blog UMNO Putrajaya...kalo korang nk tgk lebih bole la tgk kt link ni http://www.umnoputrajaya.com.my/wordpress/?p=3533 


Suasana HKPP 2012 di Presint 18


Congrats...menang i-pad la derr...jeles aku...

Alhamdulillah...ni la pemenang pakej umrah...syukur dpt jd tetamu Allah...


Majlis Perasmian Jentera Pilihanraya
18 Mac 2012 (Ahad)

Pada arini kami wakil2 dari UMNO Putrajaya yg terdiri daripada Puteri, Wanita & Pemuda berkumpul seawal jam 7.00 pagi untuk bersama2 ke Majlis Perasmian Jentera Pilihanraya 2012. Majlis tersebut berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur mengumpulkan semua bala tentera 4 penjuru UMNO Wilayah Persekutuan.

Majlis tersebut berlangsung dgn jayanya dengan dirasmikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) iaitu Pengerusi badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Ianya juga dihadiri oleh VIP2 lain antaranya Menteri WP dan Kesejahteraan Bandar Dato' Raja Nong Chik, Setiausaha Agung UMNO iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Semasa perasmian TSMY telah menyampaikan amanat2 penting kepada semua hadirin dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional...i/allah...mudah2an segalanya berjalan lancar..Mohon maaf gambar semasa majlis perasmian tersebut tiada dlm simpanan aku tapi aku letakkan jugak gambar lama semasa Konvensyen Barisan Nasional 2011 Berjaya Times Square tahun lepas sebagai penyeri...tata...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan