Khamis, 22 Januari 2015

Cover Story PDBC For Regatta UPSI 2014

Assalamualaikum...tajuk entry dah lama aku letak tapi write-up dah masuk Jan 2015 baru nak tulis. Just nak story kisah PDBC ke Regatta UPSI last year. Aku pun ingat2 lupa bila date ke sana, terpaksa selongkar picture2 ms kt sana. Nasib baik jumpa registration form aritu. So games UPSI adalah pada 21-22 September 2014. Mujur games ni hujung minggu, so x perlu la semua gigih nak apply cuti daripada bos. Mmg kebanyakkan semua paddlers cuti rehat dah tak banyak bila dah ujung2 tahun ni. Sebenarnya, kalo ikutkan pada date yang sama ada jugak game lain di Putrajaya iaitu Head Of Putrajaya 2014. Tetapi disebabkan oleh kekangan paddlers & kos mybbkan PDBC x dapat join games HOP kali ke-3 ni. Mmg rasa ralat dihati, tapi nak buat mcm mn kan...macam biasa la kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. So oleh kerana jarak Putrajaya ke UPSI Tanjung Malim tidak lah jauh mana & games kami start jam 9.00 pagi, kami semua bertolak awal pagi sabtu dalam jam 5.30 pagi. Secara car pool & masing2 bertolak secara berasingan. 1st check point adalah di R&R Rawang utk solat subuh & bfast. Tiba di UPSI kami terus ke tempat event. Walau pun adalah penganjuran kali ke-9 tapi ini adalah 1st time PDBC join games ni. 1st impression...MAKKK AIII..huhu..tak payah la dinyatakan di sini kot. Nnt aku rumuskan ckit kt next ms penutup. Games 1st day mmg alhamdulillah, semua ada placing...so race akan bersambung pd esok hari ini. Abes games baru balik homestay yng lebih kurang 5 minit perjalanan dari venue event. Homestay tu pun aku dh lupa apa namanya..tapi brader tu kasih murah giler kt kami..2 rumah hanya RM320.00. Rumah siap aircond..4 bilik..ada dapur, peti sejuk. 2nd day..sambung lagi race..seperti yang dijangka semua kategori dapat placing 1st, 2nd & 3rd place... Alhamdulillah...so enjoy je satu-satunya picture yang ada huhu Rumusan: Walau pun venue event mmg x mewah tapi semua berpuas hati ssb semua berjalan lancar. Sangat rare dapat join event ala-ala kampung ni. #feelingHappy&PuasHati . TQ UPSI

Gals with adik2 UPSI

Hihi..terima medal






Bincang strategi










Selasa, 23 September 2014

Jimba-jimba di Kuching, Sarawk #PDBC@Regatta

Lebih stegah tahun x update story sbb tetiba dh rs mls nk mgarang cerita...otak mula beku untuk menyusun kata & ayat terbaik..huhu..tapi arini aku gagahkan jugak sbb risau karang mr.google kecik ati ngan aku sbb jarang mebelai-belai jiwanya.

Sedikit catatan kisah berjimba-jimba ke Sarawak pada 1st week September yg lalu.Plan ke negeri bumi kenyalang tu dh lama jugak...rasanya sebelum puasa lg. Plan asal adalah untuk menyertai Regatta Sarawak yang akan diadakan di Water Front & sepanjang sungai Swk yang merupakan acara tahunan & WAJIb diadakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak sejak berpuluh tahun yang lalu. Ianya juga sangat dinanti2kan oleh semua rakyat jelata. Kebetulan pada tahun 2014 ini terdapat 2 event yg besar di Sungai Swk iaitu Regatta Sarawak & Dragon Boat. Acara yang dihajati oleh kami adalah acara tradisional mengayuh bot bidar Sarawak. Walau bagaimana pun kami hanya merancang, Allah juga yg menentukan..hajat dihati x tercapai oleh kerana sedikit masalah yg tidak terjangka. Mula la masing2 blurr sbb tiket dh beli..walau pun harga tiket x seberapa tapi terasa ralat dihati juga kalo tidak terbang ke sana. Tambahan pula ini adalah 1st time aku nk jejak kaki ke tempat yg terkenal dgn kek lapis itu.

Dalam situasi yg blur2 itu sbb x dpt mgayuh bot, mujur ada yang tampil membantu.. Kami semua telah dilamar utk membantu team lain untuk sesama berkayuh dalam acara perahu naga. Kalo ikutkan sebenarnya aku x kisah sgt berkayuh atau tidak sbb aku boleh ambil pluang utk berjimba-jimba sahaja. Tetapi kesian plak ngan zai, ahli pdbc baru kami yg sgt komited dgn team. Kebetulan ini adalah 1st game boat beliau di luar Putrajaya, tetiba jadik trip makan angin jew..huhu..so kira alhamdulillah jgk kami dpt berkayuh..boleh la aku bercerita sakan kt opis nnt..hihi (tu pun kalo ada yg tanya la). Paddlers boy membantu team JB Speed & paddlers gurls pulak bantu team HK Freedom...jauh tu Hong Kong mai...lai..lai..lai..

Oleh kerana kami semua sampai awl di Swk iaitu pd 2hb Sept, sedangkan acara sebenarnya adalah pada 6hb Sept, so beberapa hari sblum race kami ambil peluang berjalan-jalan dulu. Juru pandu arah merangkap driver a.k.a tuan tanah kami adalah Allan & Aisyah, dorang adalah insan yg bertgjwb membawa kami jalan2 & mejaga kami semua semasa di sana. "Kami" yang aku maksudkan adalah zai, wawa, farhan, aza, iwan & aku sndiri.

Malas plak aku nk cerita panjang bila terpandang jam kt dinding opis..Its time to go..so aku selitkan aje beberapa picture kami masa kt sana. Cuma nk bgtau Aza & Iwan terpaksa pulang awal ke Semenajung sbb ayah aza iaitu FIL iwan meninggal dunia secara mengejut. Meninggal ari Jumaat pulak tu bertuah arwah sebab akan dilindungi dari fitnah kubur. Al-Fatihah untuk ayahanda Khalid.

So, x mo sedih2...layankan aje picture kami k...muah2 :)


#pictureberteraboo

Lawat sedara kt Joo Kokodile Farm :)


Cik Wawa & Zai tgok boyerr mamam


Rehat jap kt pondok buaya..take a family photo


Masing ambil aura pasu Sarawak


Kampung Benuk...Long hauss


Sungei Sawak...makan eskrem..manager lanjer katanya


X sempat jejak jambatan tamparuli...jambatan buluh belakang umh pun kita ON laa..hihi


Santubong View..cedok ilmu puteri Santubong



Race day

Lepaking Time

HK Freedom

HK Freedom..full team...lai..lai...lai



Roof top Singahsana Lodge

Bawak pendy jenjalan

Long House Cincess

Shopping buah dabai

Sirikei Tour

Selasa, 24 Disember 2013

Aku & Super Star Libra **Sweet November**

Assalamualaikum..just nk tulis a few things about may experience with Super Start Libra (SSL).

Fakta:

- Kos kerugian: RM 1*** (dirahsiakan sbb kalo org tu baca dia akan ckp baik beli baju kawen jerr...ehehee)
- Tarikh: 3 - 6 November 2013
- Kekuatan rombongan: 1 bas persiaran yg terdiri daripada famili BSN
- Tempat persinggahan: Krabi & Phuket

Ringkasan Perjalanan:

2 November 2013
- Lebih kurang jam 12.00 malam bertolak dari Ibu Pejabat BSN Jalan Ampang dengan menaiki bas persiaran ke Pulau Pinang.

3 November 2013
- Subuh-subuh dh sampai di Pulau Pinang
- Kol 12 tengahari selamat check-in dalam perut SSL. 1st time tengok..mak aii besau nya..tetiba teringat citer Pisau Cukur lakonan Maya Karin & Fazura. Begitu la rupanya.
- Start belayar, 1st night kt dalam SSL

4 November 2013
- Jam 11 pagi krew release semua penumpang untuk singgah di Krabi.
- Bersiar-siar di Krabi sekejap sbb kol 4 dah kna balik ke SSL semula.
- Malam ada dinner ngan kapten kapal.

5 November 2013
- SSL singgah di Phuket, Thailand. Kali ni bole bersiar-siar lama ckit sampai jam 10 malam.
- Kali ke-2 jugak aku berkunjung ke sini. Tiada apa yg berubah..sama jerr..or myb aku x prasan perubahan tu.
- Bersiar-siar di sekitar Phuket with my sis & her frenz

6 November 2013
- Jam 12 tengahari slamat mendarat di pelabuhan Port Sweetenham, Penang.
- Bas dah tunggu untuk balik KL

Nota:
- Kebanyakkan makanan yang disediakan di dalam SSL adalah halal & telah mendapat pengesahan halal. Ketua Chef juga adalah orang melayu. Kalo x silap nama dia Chef Saiful
- Tetamu SSL dibekalkan dengan sekeping kad ID di mana kad tersebut bertindak sebagai kunci bilik & juga kredit kad. Dengan kata lain sekiranya anda ingin membuat pembelian cenderahati atau sebagainya, boleh sweep kad tu. Tiada urusniaga tunai dilakukan semasa pelayaran. Pembayaran adalah semasa check out.

And sedikit gambar dari kamera hp aku. Tak banyak yg aku snap. Kebanyakkan picture dalam kamera yg hebat kepunyaan my sis (wekk...kehkehkeh)

Ni la kad yang aku maksukan tu..So kna jaga betul2 kad ni

SSL

Kabin kitorang

Suasana dalam kapal (Nota: Sila abaikan model tu..hihi)

Di antara show di Star Dust

Para penonton..ibu-ibu, bapak-bapak..hihi

Haaa...ni la satu2 gambar yg ada dalam HP aku


Isnin, 23 Disember 2013

Review SKT & Majlis Ramah Mesra BMP 2013

Assalamualaikum. Dah lama rasanya tidak menjenggah ke sini. Bizi dgn tugas harian aktiviti hujung minggu memaksa aku utk melupakan blog buat seketika walau pun banyak perkara yg perlu disuratkan di sini untuk tatapan & ingatan aku sendiri atau pun dengan bahasa yg mudah utk dijadikan kenang-kenangan. Hanya tajuk entry sahaja yang mampu di create, berderet-deretlah tajuk entry dalam post list aku yg semua berstatus 'draft'. I/Allah akan aku laksanakan jua suatu hari nanti. Untuk permulaan, ingin aku update cerita yang masih panas ini. Ianya bukanlah citer artis malaysia yg penuh dgn kontroversi tetapi kisah hujung minggu aku dgn warga BMP pada 20-22 Dis 2013 yang lalu. Sempena mendapat Pengarah Bahagian yang baru, Jabatan memberi keistimewaan kepada BMP untuk mengadakan review SKT di luar Jabatan. Kalau diikutkan, Jabatan tidak memberi kelulusan untuk mana-mana Bahagian sebagai langkah penjimatan kewangan. Seingat aku kali terakhir majlis seperti ini dibuat adalah pada tahun 2009 iaitu tahun pertama aku di Jabatan. Review SKT di Hotel Summit Subang Jaya berlangsung selama 2 hari. Antara aktiviti yang dijalankan ialah review SKT 2013, perancangan aktiviti 2014, mesyuarat bahagian dan tidak lupa sedikit acara ramah mesra warga BMP. Semua aktiviti berjalan lancar dengan jayanya. Dengan ini aku sisipan beberapa keping gambar untuk tatapan mata-mata comel yg sudi. Tata S



3 gambar: Sesi Perbincangan Kumpulan

Pembentangan Kumpulan Inovasi

Tukang jaga slide..hihi
Majlis Ramah Mesra BMP
1st person yang bertuah :)


2 gambar: Family BMP
o

Selasa, 26 Mac 2013

Citer aritu...23 & 24 Mac 2013

Assalamualaikum...sekadar ingin mengingatkan kembali xtvt tiga suku aku wt my fren forever...hhaaahaa..

23 Mac 2013  (Sat)

Bangun seawal jam 7 am..bagi aku time tu mmg awl bila kita dlm mood cuti wajib tuk pompuan...spttnya aku pegi ke program jalanraya bersama pu3 kt p9...tp ntah la...tetiba plak rasa malas nk attend prog kali ni...so aku dok pejam celik pejam celik dlm timbunan kain...skali-skala aku capai jugak baju 2 3 helai utk dilipat, sambil membebel banyak jugak bulu kucing yg mlekat kt baju...hihi..terawang-awangan ada sms dr iron din mgajak g lubok petai ngan ayoi si tangan berapi...so tanpa pikir panjang trs jer aku stuju nk follow...so aku cpt2 mndi & kemas apa yg ptt...din ckp nk btolak kul 3 pm..jadi elok bebonar la sbb aku leh tgk wayang dulu ngan mr.A..dlm pada aku dok bersiap2 ttiba dpt sms dr CY...huhu...kena paksa g prog langkah ceria as a volunteer.."WAWA DH KASI NAMA...U MUST GO..KUL 4PG DEPAN PPJ" aiyakk tu msg nyerr...camno ni camno ni..so terpaksa la cancelkan projek lubok potai..sib baik dorang ok...sbgai punishment kena blanja dorang makan kt subway...mr.A yg lanjaer..haha..Sambil lepak2 ngan dorang tetiba plak mr.A wat hal...ajak naik broga..training katanya..haha...ngan sluar jeans?? OMG...xpaham aku...kiki..pikir pye pikir...bincang pye bincang, so we decide pegi broga...kami sampai dh lewat around 5.30 start hiking...santai2 sambil membebel..ptg x ramai org...boleh kira ngan jari..oleh kerana projek santai, we all just hike kt 1st summit jerr..lepak ngn ngumpat ckit smbil menikmati angin sepoi2 xreti bahasa...hampir dkt magrib turun sbb hujan dh menitik2..otw balik singgah kt Sup Power...& aku smpai umh dlm 10 mlm..harus tido awl coz nk bertugas jam 4 pagi esoknya...Nak dijadikan citer, baru jer nk terlelap, mySis ajak plak g Concorde Inn...nk amik tiket F1 katanya...huhu sampai umah dh dah jam 12.00 malam...mndi & call mr.A..kul 12.30 mlm br tido...Zzzz...

24 Mac 2013 (Sun)

zzzZ...rasanya br jer terlelap...tetiba hp bunyi...mr.A call rupanya..kejut bangun..ermmm...terpaksa la bangun...bersiap2..kul 3.45 pagi ana sampai...kul 4 pagi aku dh ada kt depan PPj...report utk duty aritu..ermm..start duty dr jam 6 pagi & tamat 12 tengahari...balik rumah ngan ana & plan nk tido..penat sgt..tp my cat plak wat hal, beby & lulu wat hal...muntah kt lantai...haisshh spoil betul...so terpaksa bersihkan muntah & bersihkan jugak dia pye bahan kumbahan kt pasir tu..ermm...dpt sms lg dr CY...nk g tgk F1 katanya...hallamak...huhu...nk tidooo...xjadik plak..so kuar makan ngan mr.A smbil tggu CY abes keje & after that mr.A anta pegi Sepang..So tercapai jugak la CY nk tgk F1 hihi...CY & me jenjalan kt saner sambil ditemani oleh Achik Memey..hahaa...dengan bantuan Achik Memey jugak kitorang leh tgk konsert Gun N Roses..Tq Achik Memey...hihi...So, ending aritu aku sampi umh jam 11 malam...x sabar rasanya nk tidooOO...huhu..zzzZZzz (",)



We R Miss V...V 4 Volunteer...not 4 other part...hahahaa...4 am in de morning

Ehehe...

Tu diaa...

enjoy de concert pistol & bunga...hihi

F1 mineral water...bukti...bukti..

Hahhaaa...ini buktinya..

1st time smpai sini...so amik gambar yg sama bebanyak..kiki

Best ker..??

Pandangan dr blakang...ermm...lemak...hihi